Friday, July 31, 2009

AL-QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA

KATA-KATA ALUAN
Segala puji-pujian untuk Allah S.W.T. yang menguruskan segala perkara dengan tadbiran-Nya serta menghiaskan manusia dengan ilmu-Nya supaya dengan itu berbezalah antara manusia dengan makhiuk lain yang diciptakan Allah di alam ini.

Akhlak merupakan satu pancaran daripada kemurnian aqidah yang dianuti oleh seseorang insan. akhlak yang balk adalah gambaran daripada aqidah yang benar yang jauh daripada unsur-unsur penyelewengan Akhlak yang buruk pula merupakan racun yang membunuh manusia, yang merosakkan aka] fikiran, keaipan yang terbuka serta kehinaan yang jelas menjauhkan seseorang itu dari berhampiran dengan Allah, Tuhan semesta alam.

Justeru itu kedua-dua sifat akhlak ini memerlukan kita mengenainya, bermujahadah untuk mendapatkan akhlak yang balk serta bermuhasabah pula untuk menghindarkan akhlak yang buruk.

Saya berdoa semoga buku kecil ini memberi manfaat kepada para pembaca dalam usaha mengenal akan hati masing-masing, mengenal penyakit-penyakitnya dan terus pula merawatnya demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Kepada penulis buku ini saya juga berdoa kepada Allah S.W.T. agar diberkati usaha beliau dan menerimanya sebagai amalan yang baik lagi mulia.

(BRIG. JEN. DATO'ABDUL HAMID BIN HJ. ZAINALABIDIN)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

AL-QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA
AKHLAK ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai-nilai dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya terhadap hidup. Dengan perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya

Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh kepaisuan, khurafat dan falsafah-falsafah serta ajaran yang paisu, akan memancarkan nilai-nilai benar yang murni di dalam hati. Nilai-nilai ini akan mempengaruhi pembentukan sistem akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika aqidah yang dianuti dibina di atas kepalsuan dan gambarannya mengenai hidup bercelaru dan dipengaruhi oleh berbagai-bagai fahaman paisu, ia akan memancarkan nilai-nilai buruk di dalam diri dan mempengaruhi pembentukan akhlak yang buruk.

Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk, merupakan dua jenis tingkahlaku yang berlawanan dan terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza. Kedua-duanya memberi kesan secara langsung kepada kualiti individu dan masyarakat. lndividu dan masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai-nilai dan akhlak yang baik akan melahirkan individu dan masyarakat yang sejahtera. Begitulah sebaliknya jika individu dan masyarakat yang dikuasai oleh nilai-nilai dan tingkahlaku yang buruk, akan porak peranda dan kacau bilau. Masyarakat kacau bilau, tidak mungkin dapat membantu tamadun yang murni dan luhur.

Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaan bermula daripada pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan tamadunnya hancur disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya. Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya. Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan nilai-nilai murni tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mutia. (Riwayat al-Baihaqi)

Para sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina keluhuran peribadi dan tamadun manusia. akhlak yang mulia menjadi penggerak kepada kemajuan dan kesempurnaan hidup. Sebaliknya, akhlak yang buruk menjadi pemusnah yang berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta ketinggian hidup manusia di bumi ini.

Kepentingan akhlak dalam kehidupan dinyatakan dengan jelas dalam. Al-Ouran menerusi berbagai-bagai pendekatan yang meletakkan al-Ouran sebagai sumber pengetahuan mengenai nitai dan akhlak yang paling terang dan jelas. Pendekatan al-Quran dalam menerangkan akhlak yang mulia, bukan pendekatan teoritikal tetapi dalam bentuk konseptual dan penghayatan. akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk digambarkan dalam perwatakan manusia, dalam sejarah dan dalam realiti kehidupan manusia semasa, al-Ouran diturunkan.

Al-Quran menggambarkan bagaimana aqidah orang-orang beriman, kelakuan mereka yang mulia dan gambaran kehidupan mereka yang penuh tertib, adil, luhur dan mulia. Berbanding dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafiq yang jelek dan merosakkan. Gambaran mengenai akhlak mulia dan akhlak keji begitu jelas dalam perilaku manusia blepanjang sejarah. Al-Quran juga menggambarkan bagaimana perjuangan para rasul untuk menegakkan nilai-niiai mulia dan murni di dalam kehidupan dan bagaimana mereka ditentang oleh kefasikan, kekufuran dan kemunafikan yang cuba menggagalkan tertegaknya dengan kukuh akhlak yang mulia sebagai teras kehidupan yang luhur dan murni itu.

Aqidah Mencorakkan Akhlak
Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, nilai-nitai akhlak yang dipegang oleh seseorang dan sesuatu kebudayaan itu adalah hasil daripada aqidah dan gambaran tentang kehidupan itu. Pembentukan nilai-nilai akhlak itu bergantung kepada bagaimana manusia memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang asasi dalam hidup. Siapakah yang mencipta alam ini dan apakah tujuannya? Apakah tujuan manusia ditempatkan di bumi dan apakah tujuan dan matiamatnya yang sebenar? Jawapan-jawapan kepada persoalan asas mengenai kehidupan ini akan menentu dan mencorak nilai-nilai akhlak yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu kebudayaan. Oleh kerana terdapat berbagai- bagai jawapan kepada persoalan tersebut, maka terdapat berbagai sistem nilai di dalam masyarakat manusia yang mencorakkan berbagai sikap dan tingkahlaku yang membentuk berbagai-bagai kebudayaan.

Al-Quran telah memaparkan berbagai golongan yang memberi jawapan berbeza kepada persoalan-persoalan asasi kehidupan yang membentuk konsepsi dan aqidah mengenai kehidupan ini. Terdapat aqidah orang-orang beriman, aqidah orang-orang kafir, aqidah orang-orang fasik dan aqidah orang-or-ang munafiqin.

Aqidah orang-orang beriman dinyatakan dalam al-Ouran seba^gai orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T, kepada Rasul-Nya, kepada keagungan Allah yang mencipta dan memiliki alam ini. Mereka yakin kepada hari akhirat, yakin bahawa kejadian Allah tidak terbatas kepada alam lahir sahaja dan kejadian Allah itu tidak terbatas dalam lingkungan yang dapat diketahui oleh manusia. Kerana itu mereka percaya kepada kejadian Allah yang ghaib, seperti malaikat, gyurga, neraka dan adanya makhluk-makhiuk Allah yang lain yang tidak diketahui oleh manusia dan pengetahuan manusia tidak menjadi syarat bagi menentukan sesuatu kejadian Allah harus ada atau tidak ada. Allah S.W.T bebas mengikut kehendak-Nya, untuk mencipta atau tidak mencipta sesuatu yang ada di dalam ilmu-Nya.

Aqidah ini menyebabkan orang-orang beriman sentiasa bergantung harap kepada Allah S.W.T dan tidak bergantung harap kepada yang lain daripada-Nya. Tujuan hidup manusia di dunia ini ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T. dan setiap tindak tanduk dan kelakuan serta tindakannya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Keredhaan Allah dan beribadat kepada Allah S.W.T. menjadi tumpuan dan pemusatan setiap aspek kegiatannya.

Pergantungan semata-mata kepada Allah memberikan kepada seorang mu'min itu kebebasan dan tidak terikat kepada mana-mana kuasa lain daripada Allah S.W.T. Daripada perasaan inilah tercetusnya pengakuan seorang muslim bahawa 'Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah S.W.T.'

Manusia beriman yang sebenarnya, tidak mungkin menyembah kepada yang lain daripada Allah S.W.T., tidak mempeduangkan sesuatu yang dicipta oleh mana-mana kuasa selain dadpada yang ditentukan di dalam agama Allah S.W.T. Allah S.W.T. bagi mereka adalah Tuhan Yang Maha Sempuma, Maha berkuasa dan kepada Dialah tumpuan segala ibadah dan segala yang baik sama ada niat dan amalan. Lihatiah bagaimana pendirian yang bebas, tegas dan berani yang ditunjukkan oleh seorang mu'min yang sejati Rab'i bin Amir ketika berhadapan dengan raja Rum, yang bermaksud:

'Allah sesungguhnya mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah hanya kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan keluasan akhirat daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.'

Seorang mu'min berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu berterbangan di udara. Kebebasan seorang mu'min sentiasa mendapat panduan dan bimbangan. Justeru itu ia tidak berkelana dan hidup tanpa tujuan. la sentiasa bergerak bebas dengan memiliki peta yang menunjukkan haluan pergerakan dan perjalanannya. la sentiasa bertindak mengikut petunjuk Allah dan berpandu kepadanya.

Seorang mu'min berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa ia adalah hamba kepada Allah S.W.T. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung serta diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Wawasannya, tidak semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga di akhirat. Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik dahapda di dunia. Kerana itu, ia sanggup mengorbankan kurniaan Allah di dunia, untuk mendapatkan kurniaan Allah di akhirat.

Aqidah dan pandangan hidup yang asas ini, memancarkan nilai-nilai yang murni dalam jiwa orang-orang beriman. Nilai-nilai ikhias untuk Allah S.W.T. dan tidak tunduk beribadah melainkan kepada Allah S.W.T adalah merupakan nilai yang agung yang membentuk akhlak yang murni dan jiwa yang luhur dalam kehidupan orang-orang beriman. ]a membentuk akhlak terhadap Allah S.W.T. dan akhlak terhadap sesama manusia.

Hubungan manusia dengan Allah S.W.T dan kelakuannya terhadap Allah S.W.T. ditentukan mengikut nilai-nilai aqidah yang ditetapkan. Begitu juga akhlak terhadap manusia dicorakkan oleh nilai-nilai aqidah seorang muslim, sepertimana yang ditetapkan didalam al-Ouran yang merupakan ajaran dan wahyu daripada Allah S.W.T Pergaulan manusia dengan manusia tidak boleh disamakan dengan perhubungan manusia dengan Allah S.W.T.

Aqidah dan pegangan seorang beriman berbeza dengan aqidah dan pegangan seorang kafir. Justeru itu nilai-nilai dan akhlak juga berbeza. Al-Quranmemaparkan aqidah dan pegangan orang-orang kafir dalam berbagai kategori, justeru terdapat berbagai bentuk kekufuran yang beriaku di kalangan umat manusia. Antara kekufuran yang beriaku disebabkan mereka menolak ajaran yang benar yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T. dan mereka menafikan kerasulan utusan itu. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

'Maka berkata pembesar-pembesar yang kafir itu dari kalangan bangsanya, ini tidak lain daripada manusia seperti kamu. ]a hendak menonjoikan diri supaya lebih daripada kamu. Jika Allah hendak turunkan utusan, Dia akan turunkan malaika t Kita tidak mendengar dati bapa -bapa kita yang terdahulu mengenai ini (utusan Allah dari kalangan manusia). (al-Mu'minun: 24)

Kekufuran juga beriaku kerana tidak percayakan hari akhirat. Kerana percaya bahawa tidak ada kehidupan selepas mati, mereka hidup berfoya-foya di dunia ini tanpa memikirkan seksaan di akhirat. Bagi mereka seperti yang dinyatakan oleh al-Quran 'kehidupan ini cuma di dunia'. Manusia dilahirkan dan kemudian mati, mereka tidak dibangkitkan kembali, seperti kata mereka yang bermaksud:

'Kehidupan kita tidak yang lain daripada kehidupan di dunia. Daripada tiada kita ada dan hidup. Apabila mati kita tidak dibangkitkan lagi.

Maksudnya:

'Dan berkata pembesar-pembesar dari bangsanya yang kafir dan mendustakan kehidupan akhirat dan kamijadikan berfoya-foya dalam kehidupan mereka di dunia, orang ini, hanyalah seorang manusia seperti kamu. fa makan dari apa yang kamu makan dan minum dari apa yang kamu minum '. (al-Mu'minun: 33)

Kekufuran juga beriaku disebabkan sifat bongkak dan sombong serta ingkar kepada perintah Allah dan angkuh terhadapnya. Allah berfirman mengenai kekufuran Iblis yang bermaksud:

'Dan ketika kami berkata kepada malaikat sujudiah kepada Adam. Mereka pun sujud, kecuali lblis. la ingkar dan takabur dan ia daripada orang-orang kafir.

(al-Baqarah: 34)

Aqidah orang-orang kafir yang sombong terhadap Allah S.W.T, yang tidak percaya kepada para rasul yang diutus oleh Allah dan ajaran-ajaran yang mereka bawa, yang tidak percaya kepada hari akhirat dan tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dengan ingkar kepada hukum-hukum itu, membentuk nilai-nilai kelakuan dan cara hidup yang menjurus ke arah kehidupan yang tidak berakhlak mulia dan luhur. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

'Dan orang-orang yang kafir meni'mati kesenangan didunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang temak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.' (Muhammad: 12)

Mereka tidak mempunyai matiamat yang murni dan abadi dalam kehidupan mereka. Kehidupan ini bagi mereka mencari makan, mencari harta dan berfoya-foya semata-mata untuk di atas dunia ini. ltulah sahaja kehidupan mereka. Selain dadpada itu, tiada matiamat yang jauh yang hendak dituju. Pandangan dan cara hidup mereka ini, sudah tentu mempengaruhi pembentukan akhlak mereka yang pincang dan bercelaru.

Satu lagi aqidah kekufuran yang berbahaya ialah munafiq yang 'pepat di luar rencung di dalam,' 'telunjuk lurus kelingking berkait.' Bahaya kekufuran ini sangat dahsyat kerana sikap pemusuhan dan dendam mereka terhadap orang-orang yang beriman. Gambaran mengenai aqidah mereka penuh dengan gambaran kepura-puraan. Mereka mengaku beriman, tetapi mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka berpura-pura percaya kepada Nabi s.a.w. yang diutus oleh Allah S.W.T. tetapi dalam hati mereka benci dan memusuhi baginda. Mereka memandang rendah kepada ajaran Nabi s.a.w. dan sering mempertikaikan ajaran itu. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

'Dan di kalangan manusia ada yang berkata kami beriman dengan Allah dan Hari akhirat Pada hal mereka bukan datipada orang-orang beriman. (al-Baqarah : 8)

Aqidah munafiqin, melahirkan sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan keji yang mewakiii akhlak yang buruk. Untuk menyembunyikan kekufuran, mereka berdusta, memutar belitkan kebenaran, memungkid janji dan mengkhianati amanah. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Tiga perkara yang sesiapa yang mempunyainya di dalam diri maka ia adalah munafiq. Apabila bercakap ia dusta, apabila bedanji tidak dikotakan apabila diberi amanah ia khianat. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nilai-Nilai Mutlak Dan Relatif

Selain daripada memaparkan konsep dan penghayatan akhlak secara konsepsi dan praktikal dan membezakan antara akhlak orang- orang yang beriman dan orang-orang kafir berasaskan kepada perbezaan aqidah mereka, al-Ouran menghuraikan pengertian akhlak Islam yang didokong dan dihayati oleh orang-orang beriman. akhlak Islam dijelaskan berdasarkan kepada model insan kamil yang terdapat dalam did Rasuluilah s.a.w. yang telah merealisasikan pengertian akhlak al-Quran dalam kehidupan yang realistik. Rasuluilah s.a.w. dikatakan sebagai al-Quran yang berjalan. Aishah ra. berkata 'Adapun akhlakbaginda ialah al-Ouran' ' Kerana itu nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam ialah nilai-nilai mutlak. Nilai-nilai asas ini, tidak bersifat relatif atau nisbi. Nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam, tidak berubah-ubah mengikut zaman dan tempat. la tidak hanya baik pada masa yang lalu dan tidak baik untuk masa sekarang. Apa yang diperakukan oleh al-Quran dan al-Sunnah sebagai baik, maka ia adalah baik untuk sepanjang zaman dan tempat. Apa yang dianggap tidak balk, maka ia adalah tidak baik untuk selama-lamanya. Apa yang baik adalah haial dan yang buruk dan tidak baik itu adalah haram. Perkara haial dan yang haram diterangkan dengan jelas.

Nilai-nilai yang baik dan buruk diprogramkan ke dalam hukum-hukum yang menentukan sama ada sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan, yang mesti dilakukan atau mesti dilakukan atau mesti ditinggalkan atau dijauhkan. Hukum-hukum itu ialah wajib, sunat, haram dan makruh. Perkara-perkara yang telah diprogramkan ke dalam hukum-hukum ini adalah mutlak sifatnya. Akan tetapi perkara-perkara yang termasuk dalam perkara harus adalah relatif sifatnya.

Nilai-nilai akhlak Islam, berbeza dengan nilai-nilai tamadun Barat yang semata-mata bergantung kepada aka] dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak baik. Kerana itu, kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif. Pada hari ini ia difikirkan sebagai baik dan di masa yang lain ia ditolak sebagai baik. Begitu juga yang dipandang buruk pada hari ini, tidak lagi dianggap demikian pada masa yang lain. Homoseksual dan Lesbian, dahulu dianggap haram dan tidak baik. Sebaliknya hari ini perbuatan itu dihalaikan dan dibenarkan sebagai legal serta mendapat hak-hak dan periindungan perundangan. Kenisbian nilai-nilai akhlak ini, menimbulkan huru hara nilai yang mengakibatkan kepincangan akhlak.

Rasuluilah s.a.w., adalah contoh seorang hamba Allah yang bersyukur iaitu contoh berakhlak mulia dan tinggi dalam hubungan dengan Allah S.W.T. lni berasaskan kepada peribadahan yang dilakukannya dengan penuh ikhias mengikut sistem peribadahan yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.1 berfirman yang bermaksud:

'Mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhias serta mempunyai sistem agama-. (al-Bayyinah: 5)

Orang-orang kafir musyrik yang beribadah kepada yang lain daripada Allah S.W.T. adalah manusia yang tidak berakhlak dan beriaku biadab terhadap Allah S.W.T Abu Lahab, Firaun, Namrud dan lain-lain adalah contoh manusia yang tidak berakhlak dan biadab terhadap Allah S.W.T. Mereka takbur, bongkak dan sombong. Mereka melakukan kemungkaran, kezaliman dan kerosakan di bumi akibat daripada kesyirikan mereka terhadap Allah. Nilai-nilai syirik menjadikan mereka manusia yang tidak bermoral dan makhiuk perosak yang meluas seperti di kalangan generasi baru masyarakat barat.

Model Akhlak Al-Quran

Akhlak Rasuluilah s.a.w. adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan dijelaskan dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam al-Quran, bukan sahaja untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasuluilah s.a.w

Rasuluilah s.a.w. seorang mu'min yang terulung. Seorang yang telah diasuh dan dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang menjadi ikutan dan teladan sepanjang zaman. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

'Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung'. (al-Qalam: 4)

Juga firman-Nya yang bermaksud: 'Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasuluilah itu contoh ikutan yang baik'. (al-Ahzaab; 21)

Rasuluilah s.a.w. dan para sahabat yang bedman dengannya, adalah para hamba Allah S.W.T. yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu' merendah diri kepada Allah S.W.T. takut dan mengharap kepada-Nya, bertawakal serta bersyukur kepada-Nya. Wajah mereka berbekas kesan daripada sujud. Pada waktu siang mereka menjadi pahlawan gagah membela agama Allah S.W.T. Sedangkan pada waktu malam air mata mereka berlinang kerana insaf dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Al-Quranmenggambarkan pengabdian mereka kepada Allah S.W.T. dengan firman-Nya yang bermaksud:

' Nabi Muhammad s.a.w. ialah RasulAilah dan mereka yang bersama dengannya tegas terhadap orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Kamu melihat mereka ruku'dan sujud dengan mengharapkan limpah kumia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang saleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud'. (al-Fath: 29)

Rasulullah s.a.w. paling banyak beribadah dan paling bertaqwa, tanpa melupakan tanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. tsteri baginda Aishah hairan kerana baginda begitu tekun beribadah kepada Allah S.W.T. Pada suatu ketika 'Aishah bertanya, mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah, pada hal Allah S.W.T. sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan terkemudian. Rasuluilah s.a.w. menjawab, yang bermaksud:

'Tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur.' (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersyukur adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan Allah S.W.T. Bersyukur di atas ni'mat yang dikurniakan Allah S.W.T, kemuncak daripada tujuan beribadah. Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur, mercu kejayaan dalam usaha membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai Allah. Kesyukuran itu, menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa mendapat tambahan ni'mat-ni'mat Allah S.W.T. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

'Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahi ni'matku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatiah keras'.

(Ibrahim: 7)

Rasuluilah s.a.w. adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah S.W.T. dan kesyukurannya itu dilafazkan menerusi amalan ibadahnyakepadaallah S.W.T. lni ditambahi pula dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan menjadikan seluruh kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S.W.T. semata-mata.

Beribadah dalam pengertian bersolat, berzikir, berpuasa dan amalan-amalan kerohanian yang lain dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam hubungan antara sesama manusia, seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T menekankan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang dinyatakan-Nya dalam al-Ouran yang bermaksud:

'Mereka ditimpakan kehinaan di mana- sahaja mereka berada kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia'.

(a-li'lmraan: 112)

Justeru itu al-Quran menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan sistem yang mengatur hubungan dengan Allah S.W.T. menerusi ibadah dan taqwa serta sistem yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini menjamin jalinan hubungan yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari kehinaan dan dapat meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan kehormatan.

Pada suatu ketika Rasuluilah s.a.w. mendengar perbualan beberapa orang sahabat mengenai ibadat mereka. Seorang berkata, ia bersembahyang sepanjang malam. Sahabat yang lain pula berkata ia berpuasa sepanjang hari sementara seorang lagi berkata ia tidak berkahwin untuk menumpukan kepada ibadat. Rasuluilah s.a.w. mendengar perbualan mereka lantas berkata, 'kamukah yang berkata demikian, demikian. Akulah orang'yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Akan tetapi aku sembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa malah aku mengahwini wanita-wanita'.

Tumpuan kepada ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan Allah tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang juga merupakan ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta melaksanakan perintah dan arahannya.

Akhlak Terhadap Sesama Islam
Al-Qurran dan al-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Ouran ke dalam realiti kehidupan, menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama orang-orang beriman, secara terperinci.

Hubungan antara sesama orang beriman itu diasaskan kepada persaudaraan. Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dan diperkukuhkan. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

'Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikaniah diantara dua saudara kamu'.

(al-Hujuraat.. 10)

Persaudaraan itu diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dari segi saling berkasih sayang dan berkasihan belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit, membawa seluruh jasad turut berjaga malam dan demam'. (RiwayatAhmad)

Perasaan kasih-sayang terhadap sesama umat islam adalah komponen yang membentuk iman. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mestilah mengandungi perasaan kasih kepada kedua-duanya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihinya daripada yang lain dari keduanya'. (RiwayatAhmad)

Dalam hubungan ini, kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan kesempurnaan iman. lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu dalam kehidupan dan pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya.

(Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim)

Nilai kasih sayang yang disemai dalam diri para mu'min sebagai menyambut arahan Allah dalam al-Quran dan ajaran Rasuluilah dalam sunnahnya. la bertujuan untuk membina dan membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalam pergaulan antara sesama mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama Islam hendaklah dalam keadaan wajah yang berseri-seri dan manis, yang dijelmakan dalam senyuman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah.'

(Riwayat At-Tirmizi)

lni diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakan hubungan dan pertemuan. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'...Sebarkantah salam di kalangan kamu'.

(Riwayat Muslim)

Seterusnya, Rasulullah s.a.w. menggariskan peraturan-peraturan memberi salam secara terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis.

Bagi memupuk perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan, Allah S.W.T dan Rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim di kalangan orang-orang beriman. Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan martabat dan ketinggian orang-orang beriman.

Allah S.W.T. melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yang dilakukan daiam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan periakuan zalim apabila dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi dan orang yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang untuk menegakkan keadilan. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

'Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang melainkan mereka yang dizalimi'.

(al-Nisaa'.. 148)

Keburukan yang dilakukan oleh seseorang mu'min hendaklah disembunyikan. Jika keburukan itu berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan, ia hendaklah diadili di mahkamah dan dihukum jika thabit kesalahan. Walau bagaimanapun berita mengenai kesalahan dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan disebarkan untuk dijadikan bahan perbualan orang ramai. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya didunia dan diakhirat'.

(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

Seterusnya orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka menyebarkan berita tanpa dipastikan kebenarannya, suka mencela dan mengkritik, suka melaknat dan mengeluarkan kata-kata buruk dari mulutnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Memadai seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa sahaja yang didengarnya'.

(Riwayat Muslim)

Mengenai budaya suka mengecam, mengerdik dan melaknat, Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Bukaniah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat'.

(Riwayat Bukhari dan Ahmad)

Orang-orang Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam. Sebaliknya mereka hendaklah saling hormat menghormati. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya

(RiwayatAt-Tirmizi)

Kewajipan orang Islam terhadap saudara muslimnya yang melakukan kesilapan dan kesalahan ialah memberikan nasihat dan menghukum dengan hukum Allah S.W.T. setelah dibicarakan dan dithabitkan kesalahannya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang

bermaksud:

'Agama ituialahnasihat'.Adayangberkata 'untuksiapa ya Rasulullah. Sabdanya 'untukailah dan untuk Rasul-Nya untuk pemimpin orang-orang Islam dan orang ramai di kalangan mereka'.

(Riwayat Bukhari)

Al-Quran Sumber Akhlak Mulia

Al-Quran sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun tingkahlaku dan akhlak manusia. Al-Quran menentukan sesuatu yang haial dan haram, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Al-Quranmenentukan bagaimana sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga menentukan perkara yang baik dan tidak baik. Justeru itu al-Quran menjadi sumber yang menentukan akhlak dan nilai-nilai kehidupan ini.

Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang manusia melakukannya. Al-Quranmelarang manusia minum arak, memakan riba, bersikap angkuh dan sombong terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum yang lain. Al-Quran melarang pencerobohan, fitnah dan berbunuhan. Al-Quranmelarang menyebarkan maklumat mengenai perkara-perkara keji.

Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T., bertaqwa kepada-Nya, mempunyai sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak manusia berfikir, cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak manusia supaya berilmu dan berbudaya ilmu.

Al-Quranjuga mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia, sabar, tekun, berjihad, menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak manusia supaya bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.

Jelaslah bahawa al-Ouran menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia. Penampilan akhlak mulia dalam al-Ouran, tidak bersifat teoritikal semata-mata, tetapi secara praktikal berdasarkan realiti dalam sejarah manusia sepanjang zaman. Al-Quran adalah sumber yang kaya dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia dan menghayatinya.
Tarikh : 27 July 2001
[Ruzita Binti Mokhtar]
Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman]
Hits : 13549

JAWAPAN ARTIKEL ‘CINTA ASYURA DAN KARBALA’

Mohd Aizam bin Mas’od
Caw. Aqidah
Bah. Penyelidikan JAKIM

Penulis agak terkejut apabila terbaca artikel bertajuk ‘Cinta Asyura dan Karbala’
tulisan wartawan Utusan Malaysia, Helmi Mohd. Foad (HMF) bertarikh 7 Januari
20091. Apakah ia suatu dakyah Syiah atau keikhlasan untuk menyatakan
kebenaran? Kalau pun jawapannya sebuah keikhlasan, ia masih boleh diragukan.
Mengapa dibangkitkan isu aqidah Sunni-Syiah di sebalik apa yang melanda bumi
Gaza? Mengapa pula isu Palestin dikaitkan dengan semangat Asyura dan Karbala?
Apakah umat Islam perlu disyiahkan agar Zionis mampu ditumbangkan?
Jelas! Artikel ini hanya menyajikan fakta yang dangkal sama sekali. Tidak diketahui
sama ada ia ditulis oleh seorang penganut Syiah atau kerana tertarik dengan Syiah.
Menyeru umat Islam di sebuah negara berpegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah
supaya meniru sambutan Asyura dengan mengingati peristiwa Karbala seperti di
Iran, Iraq dan Pakistan adalah sesuatu yang biadap. HMF cuba beralasan dengan
mengiaskan sambutan tersebut tiada bezanya dengan sambutan Maal Hijrah yang
juga tiada dalilnya menurut al-Qur’an dan al-Sunnah.
Kiasan palsu yang direka oleh HMF ini langsung tidak mengenai ‘illah (alasan) antara
dua sambutan tersebut. Bukankah sambutan Maal Hijrah ialah sambutan
memperingati perjuangan Rasulullah SAW dan umat Islam dalam melakukan hijrah
dari Makkah ke Madinah al-Munawwarah. Tiada sesiapa pun di kalangan umat Islam
tanpa mengira apa jua ideologi dan mazhab yang mengingkari fakta sejarah ini.
Justeru, apa pula ‘illah sambutan mengingati peristiwa Karbala diadakan?
Perjuangan apakah sebenarnya yang mahu dibangkitkan melalui peristiwa tersebut?
Atau ia hanya satu bentuk penyesalan dan keinsafan yang kononnya mahu
ditonjolkan oleh satu pihak terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan
mereka sendiri!
Bid’ah Asyura tajaan Syiah
Mengaitkan hari Asyura iaitu 10 Muharram sebagai hari memperingati peristiwa
Karbala juga amat menyalahi konsep kesyukuran yang dinyatakan oleh Nabi SAW
pada hari tersebut. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadith Rasulullah SAW
yang sahih: “Rasulullah SAW tiba di Madinah, lalu beliau melihat orang-orang Yahudi
berpuasa pada hari Asyura (tanggal 10 Muharram), maka beliau bertanya: “Hari
apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Ini adalah hari di mana
Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa AS berpuasa pada hari
itu kerana syukur kepada Allah. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk
mengagungkannya.” Nabi SAW bersabda: “Aku lebih berhak atas Musa daripada
kalian”, maka Nabi berpuasa Asyura dan memerintahkan puasanya”. (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
1http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=R
encana&pg=re_02.htm
2
Itulah cara memperingati hari Asyura, sesuai dengan apa yang telah diamal dan
diajarkan oleh Rasulullah SAW beserta para sahabatnya dan sesuai dengan apa
yang dilakukan oleh Saiyidina Ali ra dan Saiyidina Husin ra serta seluruh Ahlul Bait
dan keturunannya sampai kini.
Namun apabila syahidnya Saiyidina Husin ra di bumi Karbala pada 10 Muharram
tahun 61 hijrah, tercetuslah satu bid’ah yang menyesatkan. Asyura mula dijadikan
oleh Syiah sebagai hari berkabung, duka cita, dan menyiksa diri sebagai ungkapan
dari kesedihan dan penyesalan. Pada setiap kali Asyura, mereka memperingati
kematian Saiyidina Husin dengan melakukan perbuatan-perbuatan tercela seperti
berkumpul sambil menangis dan meratapi bagaikan histeris. Mereka juga
mengadakan perarakan di jalan-jalan dan pasar-pasar sambil memukul tubuh
dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan
sebagainya. (Al-Tasyayyu’ Wasy-Syi’ah, Ahmad al-Kisrawiy al-Syi’iy, hal. 141,
Tahqiq Dr. Nasyir al-Qifari).
Persoalannya mengapakah Syiah tergamak melakukan perbuatan sehingga ke tahap
yang sedemikian rupa? Apakah pendorong yang menyebabkan peristiwa Karbala
menjadi sesuatu yang amat signifikan bagi puak Syiah? Jawapannya mudah. Ini
kerana Syiah sendiri adalah pencetus kepada peristiwa pembunuhan Saiyidina Husin
di Karbala!
Syiah pencetus peristiwa Karbala
Golongan Syiah sepatutnya tidak leka untuk mengkaji catatan para ulama mereka
yang muktabar menerusi kitab-kitab utama mereka. Umpamanya di dalam Al-Ihtijaj
'Ala Ahlil Lajaj, Ahmad bin Ali bin Abi Talib al-Thabarsi menulis bahawa Imam Ali
Zainal Abidin anak Saiyidina Husin ra yang ikut serta dalam rombongan Husin ra ke
Kufah telah berkata kepada penduduk Kufah, “Wahai manusia (orang-orang Kufah)!
Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah
kamu sedar bahawasanya kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya
datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian
taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina.
Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu lakukan untuk dirimu”.(Al-
Ihtijaj juz 2 hal. 306)
Pada halaman sebelumnya al-Thabarsi mengemukakan kata-kata Fatimah al-
Shughra anak perempuan Saiyidina Husin ra kepada penduduk Kufah, “Wahai
Penduduk Kufah, wahai pembelot dan pengkhianat! Kami adalah Ahlul Bait yang
Allah Ta'ala menguji kami dengan kamu dan menguji kamu dengan kami”,
seterusnya selepas memuji-muji kedudukan Ahlul Bait beliau berkata lagi, “Kamu
telah membunuh kami dan merampas harta benda kami sebagaimana kamu telah
membunuh datuk kami Ali ra. Pedang-pedang kamu sentiasa menitiskan darahdarah
kami Ahlul Bait”.(Al-Ihtijaj juz 2 hal 302).
Mulla Baqir al-Majlisi yang diberikan gelaran Khatimatul Muhaddithin (penyudah
kepada ahli-ahli hadith) di sisi Syiah menukilkan kata-kata Saiyidina Husin ra kepada
Syiah Kufah yang telah bersiap untuk bertempur dengan beliau, “Wahai orang-orang
Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud-maksud jahatmu.
3
Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput
kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk
memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka
sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu
musuh-musuh dalam menentang kami”.(Jilaau al-'Uyun,hal 391).
Di dalam kitab A'yanus Syi'ah pengarangnya Sayyid Muhsin al-Amin mengatakan
bahawa, “Seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai'ah kepada Husin
kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan
bai'ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk mereka dan membunuhnya”.(A'yanus
Syi'ah jilid 1 hal 34).
Dan banyak lagi kitab-kitab Syi'ah menukilkan perkara yang sama seperti Al-Irsyad
Syeikh Mufid hal. 234, I'lamul Wara hal. 242, Kasyful Ghummah jilid 2 hal 18 dan
lain-lain lagi.
Berdasarkan kepada segala fakta yang dikemukakan di atas dapatlah disimpulkan
bahawa Syiah Kufah adalah pencetus peristiwa Karbala dan pembunuh Saiyidina Ali
ra. Inilah yang menjadi punca ratapan dan penyesalan mereka yang tidak
berkesudahan. Malah pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Saiyidina Husin ini
diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan rujukan agama mereka seperti
Baqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku masing-masing.
Baqir Majlisi menulis: “Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara
ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak
pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga"
kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara
sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apaapa”.
(Jilaau al-'Uyun, hal. 430)
Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalis al-'Mu'minin bahawa
selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Saiyidina Husin terbunuh, ketua
orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, “Kita telah
memanggil Saiyidina Husin dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya,
kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini
tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu
berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka
membaca ayat yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah
menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan
yang menjadikan kamu”.(Al Baqarah :54) Kemudian mereka berbunuh-bunuhan
sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran
“al-Tawwabun”.
Sejarah juga tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie dalam pembunuhan
Saiyidina Husin di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah
seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Saiyidina Ali dalam peperangan
Siffin, sentiasa bersama Saiyidina Husin. Dialah juga yang menjemput Saiyidina
Husin ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan
Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?
4
Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera
untuk menentang Saiyidina Husin dan dialah orang yang mula-mula turun dari
kudanya untuk memenggal kepala Saiyidina Husin. (Jilaau al-'Uyun dan Khulashat
al-Mashaaib, hal. 37)
Inilah peristiwa sebenar di sebalik apa yang berlaku. Bagaimana mungkin Syiah
menafikan keterlibatan mereka? Sedangkan sejarah Karbala ditulis oleh tangantangan
mereka sendiri. Namun sudah menjadi tabiat buruk mereka, pemalsuan dan
pembohongan sentiasa disandarkan kepada golongan Sunni. Hanya kerana satu
sebab. Dendam kesumat yang tidak pernah kan padam walau di telan arus zaman
dan masa. Kerana itu, HMF sempat menukilkan kata-kata, “Tetapi peristiwa
penjarahan kejam terhadap Hussin, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya oleh
tentera Umar bin Saad di Karbala membuka lembaran sejarah kepada umat”.
Tuduhan
Alangkah celuparnya kata-kata ini apabila menyandarkan pembunuhan Saiyidina
Husin kepada anak seorang sahabat besar Baginda SAW iaitu Umar bin Saad bin
Abi Waqqas. Tidak mungkin sama sekali kita menerima Umar bin Saad telah
melakukan keganasan dan penghinaan sebegitu rupa sebagaimana yang dinyatakan
di dalam buku-buku sejarah kerana ia bertentangan dengan riwayat Abu Mikhnaq Lut
bin Yahya sendiri bahawa perawi berkata, “Seolah-olah aku masih lagi nampak
airmata Umar bin Saad yang mengalir membasahi pipi dan janggutnya”. (Tarikh al-
Thabari jilid 4 m.s. 245)
Orang yang sekejam dan seganas seperti yang digambarkan oleh sejarah itu tidak
mungkin akan menangisi kematian orang yang dibunuhnya sampai begitu sekali
bahkan sebaliknya tangisannya itu menunjukkan kesedihannya yang amat sangat di
atas kematian Saiyidina Husin yang telah dibunuh secara zalim itu.
Selain dari itu Umar bin Saad ini telah disebut oleh Ibn Saad di dalam ‘Thabaqat’ nya
dalam senarai peringkat yang pertama dari kalangan tabiin penduduk Madinah. Hafiz
Ibn Hajar pula menyenaraikan nama-nama orang yang meriwayatkan hadith
daripadanya. Kata Hafiz Ibn Hajar, “Umar bin Saad bin Abi Waqqas Az Zuhri Abu
Hafas Al Madani” tinggal di Kufah. Beliau telah meriwayatkan hadith daripada
ayahnya dan dari Abi Sa’id Al Khudri. Sementara orang-orang yang meriwayatkan
hadith- hadith daripadanya ialah anaknya Ibrahim dan cucunya Abu Bakar bin Hafas,
Abu Ishaq As-Sabi’i, Aizar bin Hiraits, Yazid bin Abi Maryam, Qatadah, Suhri, Yazid
bin Abi Habib dan lain-lain lagi”.
‘Ijli pula berkata, “Beliau meriwayatkan beberapa hadith daripada ayahnya dan beliau
adalah seorang tabii yang thiqah (yang dipercayai)”. (Tahzib al-Tahzib jilid7 hal. 396)
Kenyataan Hafiz Ibn Hajar ini menunjukkan bahawa Umar bin Saad adalah seorang
yang dipercayai oleh ulama mutaqaddimin yang digolongkan sebagai orang yang
dipercayai dalam periwayatan mereka. Sekiranya keganasan dan kezaliman
terhadap Saiyidina Husin dan rombongannya berlaku kerana angkara Umar bin
Saad, bagaimana mungkin para ulama yang ulung dalam periwayatan hadith
5
menerimanya sebagai seorang yang adil lagi thiqah? Kenyataan ini juga
menunjukkan bahawa kisah-kisah kezaliman yang dihubungkan kepada Umar bin
Saad itu tidak dapat diterima oleh ahli ilmu dan cerdik pandai Islam.
Larangan meratap
Setelah memahami isu di atas, kita boleh menyimpulkan tiada kena mengena sama
sekali antara sambutan mengingati peristiwa Karbala anjuran Syiah dengan
perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman Zionis. Hari Asyura
yang berkonsepkan Karbala itu tidak pernah dan tidak akan menjadi tradisi di
kalangan penganut Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Malah tradisi Sunni ialah berpegang
kepada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.
Al-Sunnah dengan jelas menyebut perbuatan meratapi si mati sehingga menamparnampar
muka dan dada, menyeksa diri dengan melukakan tubuh serta kepala
adalah amalan jahiliyyah dan diharamkan berdasarkan kepada hadith Rasulullah
SAW. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith daripada Ibnu Mas'ud ra
bahawa Nabi SAW telah bersabda, “Bukan dari kalangan kami orang yang memukulmukul
pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah”.
(Sahih Bukhari Kitab al-Jan’aiz dan Muslim Kitab al-Iman).
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Malik al-Asy’ari bahawa Rasulullah
SAW telah bersabda, “Meratap adalah termasuk dari amalan jahiliyyah, orang yang
meratap bilamana dia meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat bertaubat, Allah
akan memakaikan kepadanya pakaian dari minyak tar (yang panas) dan baju dari
nyalaan api neraka”.(Sunan Ibnu Majah bab larangan dari meratap).
Dua hadis yang tersebut di atas membuktikan bahawa amalan tersebut dilarang oleh
Rasulullah SAW dengan disertai janji azab di Hari Qiamat kelak bagi orang yang
melakukannya. Kerana itu tiada ulama di kalangan Ahli Sunnah yang
mengharuskannya apa lagi untuk melakukannya serta menjadikannya sebagai satu
syiar.
Sunni pejuang bumi Palestin
Syiah juga tidak boleh menjadikan alasan kononnya syiar perayaan Karbala itu
terbukti kemujarabannya melalui kelantangan Iran mencabar kebiadapan Amerika
Syarikat. Begitu juga kemenangan Hizbullah mengusir Zionis di selatan Lubnan. Jika
itu penilaiannya, setujukah jika dikatakan golongan Sunni lebih berhak mendapat
pengiktirafan ‘al-haq’ berbanding Syiah kerana sejarah membuktikan Baitul Maqdis
hanya berjaya dibebaskan oleh golongan Sunni.
Renungkan! Siapakah orang Islam pertama yang membebaskan Palestin setelah ia
diperintah selama 12 kurun oleh kerajaan Babilon, Yunani, Parsi dan Rom?
Bukankah beliau ialah Khalifah Islam kedua, Saiyidina Umar al-Khattab ra. Beliaulah
yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dan merebut kembali Baitul Maqdis
melalui satu penyerahan terhormat yang dilakukan oleh Ketua Paderi Safraneus
pada tahun ke-17 hijrah bersamaan tahun 638 masihi. Panji Islam terus mengibar di
6
bumi suci ini sehingga 12 kurun lamanya hasil daripada kegigihan yang ditunjukkan
oleh Saiyidina Umar serta usaha yang telah dirintis pada awalnya oleh Saiyidina Abu
Bakar al-Siddiq ra.
Lalu apa kata Syiah terhadap sahabat agung ini? Lihat sahaja, bagaimana ketika
umat Islam berduka di atas kesyahidan Saiyidina Umar di tangan Abu Lu'luah yang
beragama Majusi itu. Tetapi Syiah sebaliknya merasa gembira dengan tragedi itu.
Mereka menggelarkan Abu Lu'luah dengan Baba Syuja'uddin (Wira Agama) sebagai
menghargai keberaniannya. (Ringkasan Syiah Mazhab Imam Dua Belas: Shah Abdul
Aziz al-Dahlawi. DBP. hal. 455).
Ali bin Muzahir al-Wasiti meriwayatkan daripada Ahmad ibn Ishaq (seorang tokoh
Syiah di Qum dan dianggap telah mendapat kehormatan yang besar kerana bertemu
dengan Imam Hasan al-Askari, Imam kesebelas Syiah) bahawa dia berkata,"Hari ini
(hari Abu Lu'luah membunuh Sayyidina Umar) adalah hari raya besar, hari
kebangsaan, hari berkat dan hari hiburan. "
Adakah ini balasan Syiah kepada seorang wira agama yang telah berjaya
membebaskan bumi Palestin?
Perhatikan pula, siapakah yang telah membebaskan Palestin buat kali kedua
selepas ia jatuh ke tangan tentera Salib pada 15 Julai 1099? Sejarah mencatatkan
sewaktu penaklukan berlaku, tentera Salib telah menyembelih penduduk awam Islam
lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan teramat ganas. Mereka turut membantai
orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum
Salib. Keganasan yang melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi
dan penulis sejarah yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Justeru,
siapakah akhirnya yang telah membebaskan bumi suci ini daripada tentera Salib?
Adakah ia seorang Syiah?
Sekali-kali tidak! Malah beliau ialah seorang pejuang Ahli Sunnah tulen iaitu Sultan
Salahuddin al-Ayyubi. Baginda lahir pada tahun 1138M. Keluarga Salahuddin
merupakan keturunan yang taat beragama dan berjiwa pahlawan. Kelahiran Sultan
Salahuddin al-Ayyubi ke dalam dunia Islam telah memberikan kekuatan baru kepada
umat Islam pada zaman tersebut. Akhirnya pada hari Jumaat 27 Rejab 538H Sultan
Salahuddin bersama kaum Muslimin telah berjaya memerdekakan Baitul Maqdis.
Iaitu setelah hampir 92 tahun kota tersebut ditakluk oleh tentera Salib.
Dalam pada itu, Sultan Salahuddin tidak pernah melupai peranan Syiah Fatimiyyah
Mesir yang menyumbang kepada kejatuhan Palestin ke tangan tentera Salib. Kerana
itu, sebelum melancarkan perang ke atas tentera Salib, beliau terlebih dahulu
membersihkan bumi Mesir daripada golongan Syiah Fatimiyyah.
Sejarah membuktikan bahawa di Tripoli, Ibnu Ammar, seorang hakim dan salah
seorang pengikut Fatimiyyah telah mengirim delegasi kepada tentera Salib dan
mengutarakan keinginan untuk bekerjasama dengan mengusulkan agar mereka
(tentera Salib) dapat memerangi puak Saljuk supaya nanti wilayah utara Syria
berada di bawah kekuasaan tentera Salib dan Palestin di bawah dominasi
Fatimiyyah. Namun, setelah pengkhianatan demi pengkhianatan dilakukan, tentera
7
Salib berjaya menduduki Ramallah, Lod dan Bethlehem. Pada 7 Jun 1099,
pengepungan wilayah Baitul Maqdis dilakukan. Akhirnya kota ini dikuasai oleh
tentera Salib pada 15 Julai 1099 iaitu ketika di bawah penguasaan Iftikhar al-Daulah,
penguasa daripada kerajaan Syiah Fatimiyyah. Apakah Syiah tidak mengetahui
sejarah ini?
Golongan Sunni juga mustahil untuk melupakan pengkhiatan Syiah terhadap
kerajaan Bani Abbasiyyah. Dua orang Syiah yang menjadi menteri kepada Khalifah
al-Musta’sim Billah, iaitu Muhammad ibn al-‘Alqami dan Nasiruddin al-Tusi adalah
manusia yang bertanggungjawab di atas pembunuhan umat Islam secara besarbesaran
oleh tentera Monggol selama 40 hari berturut-turut. Setelah itu, kedua-dua
mereka dilantik menjadi menteri kepada Hulagu sebagai ganjaran menjayakan misi
menjajah Baghdad. Ibnu Kathir menyebut, jumlah korban pada saat itu mencecah ke
angka 800,00 atau satu juta orang.
Malangnya, pengkhianatan yang dilakukan oleh kedua-dua manusia ini, mendapat
pengiktirafan dan penghargaan daripada pemimpin agung Syiah, al-Khomeini.
Sebagai contoh, dalam bukunya al-Hukumah al-Islamiyyah halaman 128, al-
Khomeini menyebut, “Sekalian orang merasa kerugian di atas kehilangan al-
Khawwajah Nasiruddin al-Tusi dan selainnya, dari mereka yang telah
menyumbangkan khidmat yang agung buat Islam”.
Apakah pencetus kepada penjarahan dan pembantaian ratusan ribu umat Islam
Sunni dianggap satu khidmat buat Islam menurut fahaman Syiah?
Sebaliknya, siapakah yang akhirnya berjaya menyekat kemaraan menggila tentera
Monggol serta berjaya mengembalikan Syria dan Palestin ke pangkuan umat Islam?
Beliau ialah pemerintah Dinasti Mamalik, Sultan al-Muzaffar Saifuddin Qutz. Iaitu
murid kepada seorang tokoh ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah terkenal, Imam al-Izz
bin Abdul Salam. Sesiapa sahaja yang membaca sejarah peperangan Ain Jalut
sudah pasti akan mengetahui bagaimana kehebatan jundullah pimpinan Saifuddin
Qutz menewaskan keangkuhan dan kesombongan tentera Tartar. Ia juga menjadi
episod kekalahan demi kekalahan tentera Tartar serta pengembalian wilayah
Palestin ke tangan umat Islam. Di manakah Syiah dalam peperangan ini?
Kenangkan juga, bagaimana kegigihan Sultan Abdul Hamid kedua, khalifah Islam
Sunni Bani Uthmaniyyah yang terakhir dalam mempertahankan al-Quds. Ketika
pengasas gerakan Zionis Theodor Hertzl melawat ke Istanbul pada tahun 1901 dan
cuba bertemu dengan beliau.Beliau mengarahkan Ketua Jemaah Menterinya
menyampaikan pesanannya terkenal:
“Nasihatkan Dr. Hertzl supaya tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya dalam
projeknya. Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dari tanah Palestin ini
kerana ia bukan milikku, ia adalah milik umat Islam seluruhnya. Umat Islam yang
telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan darah-darah
mereka. Yahudi boleh menyimpan jutaan wang mereka. Sekiranya Khilafah Islam ini
dimusnahkan pada suatu hari nanti, mereka boleh mengambil Palestin tanpa
bayaran! Tetapi selagi aku masih hidup aku lebih rela sebilah pedang merobek
tubuhku daripada melihat bumi Palestin pecah dan diberikan keluar dari Negara
8
Islam. Ini (penjualan Palestin) adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak
akan memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup”. (Lihat: Sahwah al-
Rajul al-Maridh, Muwaffaq Bani al-Marjah)
Malah banyak lagi pengorbanan Sunni dalam mempertahankan bumi Palestin yang
tercatat dalam sejarah. Jangan kita lupa kepada perang Arab-Zionis pada tahuntahun
1947-1948. Lupakah kita terhadap kemenangan tentera-tentera sukarelawan
Mesir dan Syria dalam kalangan anggota gerakan Ikhwan al-Muslimin? Mereka
hampir sahaja berjaya menghapuskan terus kekuatan pengganas-pengganas Zionis.
Begitu juga perang Karamah 1968 di Jordan. Tentera Zionis telah dikalahkan dengan
teruk dalam peperangan antara mereka dengan tentera Jordan. Sehingga hari ini,
pada 21 Ogos setiap tahun, Jordan akan merayakan hari kemenangan tersebut.
Pengunduran tentera Zionis beserta penduduk Yahudi dari Gaza pada Ogos 2005
juga bukti kemenangan Sunni melalui gerakan Intifadah rakyat Palestin. HAMAS,
Jihad Islami, briged Syuhada al-Aqsa milik Fatah dan juga lain-lain fraksi perjuangan
berhak menerima kredit untuk tujuan tersebut. Bukankah mereka Ahli Sunnah?
Sekali lagi, Ahli Sunnah sememangnya mampu untuk mengalahkan Zionis. Bukan
sekali, malah banyak kali, jauh lebih banyak daripada golongan Syiah!
Jika itu senario di Palestin, di tempat lain di serata dunia banyak lagi contoh yang
boleh dibanggakan oleh Ahli Sunnah. Perang di Afghanistan sebagai contoh.
Bukankah para mujahidin telah berjaya mengalahkan Rusia. Mereka bukannya puak
Syiah. Syiah hanya datang selepas kemenangan untuk meluaskan pengaruh mereka
di sana dan telah menyebabkan perang saudara meletus. Begitu juga di Bosnia dan
Cechnya, pejuang Sunni hadir ke bumi tersebut semata-mata atas nama jihad
mempertahankan agama Islam bukan kerana mazhab tertentu.
Kesimpulannya, perjuangan jihad dan juga kemenangan tidak terletak pada Syiah
atau tidaknya sesuatu kumpulan. Maka, adalah silap bagi mereka yang
mempromosikan Syiah hanya kerana kejayaan seorang wartawan Syiah, Muntazer
al-Zaidi berjaya memalukan Presiden Bush dengan lontaran jamrah 'kasut but'
bersaiz 10 itu. Apalah nilainya berbanding darah para syuhada Sunni yang telah
mengalir sepanjang masa, zaman dan tempat bagi mempertahankan Islam yang suci
ini.
Sambutan Asyura sempena memperingati peristiwa Karbala juga bukanlah jawapan
untuk membangkitkan semangat menentang kezaliman. Apakah perbuatan Syiah
mengumandangkan syair-syair mencaci maki Bani Umayyah dan para sahabat
Rasulullah SAW atas tuduhan mereka sebagai perampas hak dan pembunuh
Saidina Husin itu dianggap pencetus kebangkitan ummah? Adakah Syiah mahu
melihat golongan Sunni mengungkap kembali dan membongkar segala titik hitam
pengkhianatan Syiah terhadap umat Islam termasuk ke atas Ahlul Bait sendiri?
Benar, Syiah sememangnya berhak melakukan apa sahaja yang mahu dilakukan
sempena peristiwa Karbala tersebut. Tetapi tidak bagi Sunni. Mereka berlepas diri
(bari’) dari kesemua perbuatan tersebut.
Malaysia bumi Sunni
9
Oleh itu, jangan jadikan isu kekejaman Zionis di bumi Gaza sebagai agenda
mempromosikan Syiah. Jangan jadikan Malaysia seumpama apa yang berlaku di
Iraq dan Pakistan. Jangan sengaja disemarakkan api perbalahan mazhab itu.
Ingatlah bahawa Malaysia ialah bumi Sunni dari segi tradisi, budaya dan
perundangannya. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mac 1996, Sidang Majlis
Keselamatan Negara pada 17 Oktober 1996 dan mesyuarat Jawatankuasa
Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia Ke 27 pada 24 Jun 1997 telah memutuskan
bahawa hanya aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah menjadi pegangan umat Islam di
Malaysia. Mana-mana ajaran yang bercanggah dengan fahaman dan amalan Ahli
Sunnah Wal-Jamaah dilarang dan disekat penyebarannya di kalangan umat Islam.
Manakala Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan pada 2 dan 3 Mei 1996
di Langkawi memutuskan bahawa; Pertama, menetapkan bahawa umat Islam di
Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli
Sunnah Wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Kedua, memperakukan
pindaan kepada semua Undang-undang Negeri yang berhubung dengan hukum
Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-undang Islam”
seperti berikut: “Hukum syarak” atau “Undang-undang Islam” ertinya Undang-undang
Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal- Jamaah dari segi aqidah,
syariah dan akhlak”.
Oleh itu, kewarasan dan kebijaksanaan diperlukan dalam mendepani isu Palestin
dan Zionis. Penggunaan fiqh awlawiyyat (keutamaan) perlu dipertimbangkan. Sunni
dan Syiah perlu melihat kepada musuh mereka yang satu iaitu Zionis Yahudi.
Mereka perlu dihancurkan sehancur-hancurnya. Ini bukan masanya untuk
mempropagandakan doktrin masing-masing. Bagi Sunni, kita menyeru seluruh umat
Islam bersatu tanpa mengira mazhab dalam menghapuskan penjajahan Yahudi di
bumi Palestin. Biarpun ia adalah penganut Syiah seperti Hizbullah, Sunni tetap
menyokong dalam bahasa melenyapkan kerakusan Zionis. Bukan dalam bahasa
mendokong doktrin aqidah pegangan Hizbullah. Jika syiar Karbala atau Asyura atau
Wilayatul Faqih yang menjadi pegangan mereka, anutan itu tetap ditolak, ia tetap
bid’ah di sisi Sunni, dan jangan sekali-sekali mendakyahkannya di bumi ini.

GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM

1. TUJUAN

Garis Panduan Hiburan Dalam Islam ini disediakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan merangkumi nyanyian, muzik, tarian dan lain-lain. Garis Panduan ini juga akan dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan.

2. PENDAHULUAN

2.1. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).

2.2 Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus;

b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram;

d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

3. KANDUNGAN GARIS PANDUAN

3.1 Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara berikut:

3.1.1 Takrif

3.1.2 Program Hiburan

3.1.3 Persembahan Muzik

3.1.4 Lirik Lagu

3.1.5 Persembahan Artis

3.1.6 Persembahan Tarian

3.1.7 Tanggungjawab Penganjur

3.1.8 Kesimpulan

3.2 Takrif

3.2.1 Hiburan

Maksud hiburan ialah sesuatu (perbuatan, benda dll) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. (Kamus Dewan).

3.2.2 Nyanyian

Maksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. (Kamus Dewan).

3.2.3 Muzik

Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan. (Kamus Dewan).

3.2.4 Tarian

Maksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. (Kamus Dewan).

4. GARIS PANDUAN

Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut;

a) Program Hiburan

i. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.

ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.

iii. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.

iv. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.

v. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.

vi. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

b) Persembahan Muzik

i. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.

ii. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.

iii. Tidak melalaikan.

c) Lirik

i. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.

ii. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.

iii. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.

iv. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.

v. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.

vi. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.

vii. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.

viii. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.

d) Persembahan Artis

i. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.

ii. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

iii. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.

iv. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.

e) Persembahan Tarian

i. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

ii. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.

iii. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.

iv. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.

v. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.

f) Tanggungjawab Penganjur

Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan.

5. Kesimpulan

Garis Panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam.

RUJUKAN

1. Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Wizaratul Auqaf Wa al- Syu’un al-Islamiah,Cetakan Pertama, 1995, Kuwait.

2. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Syeikh Abdullah bin Mohamad Basmeih, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

3. Al-Halal wa al- Haram fi al-Islam, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, al-Maktab al-Islami, Cetakan ke-15, Beirut 1994.

4. Kamus Dewan, Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.

5. Garis Panduan Muzik, Nyanyian dan Seni Menurut Pandangan Islam, Bahagian Penyelidikan, JAKIM.

6. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981.

7. Garis Panduan Penyiaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.



[1] Sesuatu perbuatan yang haram (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)

[2] Cubaan, gangguan, hasutan dan kekacauan (Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran)

[3] Perkataan dan sebagainya yang tidak mendatangkan hasil serta tidak memberi faedah dan manfaat . (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)

Tarikh : 14 Januari 2009
Sumber : Pengarah Bahagian
Editor : PRO JAKIM
Hits : 6131

Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

1. TUJUAN

1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat Islam dalam menyertai majlis perayaan orang bukan Islam supaya tidak berlaku perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

1.2 Garis Panduan ini juga menjadi asas rujukan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menganjur majlis perayaan orang bukan Islam bersama dengan orang Islam supaya tidak berlaku perbuatan syubhat atau acara yang bercanggah dengan prinsip dan nilai-nilai Islam.

2. PENDAHULUAN

2.1. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan majlis-majlis perayaan sama ada di peringkat nasional, negeri, daerah dan lain-lain. Perayaan tersebut adalah Hari Raya Idul Fitri, Tahun Baru Cina, Depavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan juga Hari Krismas. Ia disambut melalui konsep penganjuran “rumah terbuka nasional”, bertujuan meningkatkan persefahaman dan sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta fahaman agama di negara ini.

2.2 Persoalan timbul di kalangan masyarakat Islam tentang apakah hukum turut merayakan perayaan agama lain. Ada pendapat yang mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan tersebut boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.

2.3 Dalam mengatur hubungan antarabangsa, kaum dan agama di negara ini agar tidak menimbulkan kekeliruan dan prasangka dalam pergaulan khususnya bagi umat Islam, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam muzakarahnya pada 1 dan 2 Oktober 1970 yang secara khusus menyentuh mengenai rumah ibadat telah memutuskan;

“Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmi pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat dengan mereka”

2.4 Pada dasarnya terdapat dua pandangan berbeza dari sudut hukum tentang orang Islam turut merayakan hari perayaan orang bukan Islam. Pandangan yang membenarkan orang Islam merayakan hari perayaan orang Islam adalah berdasarkan pandangan berikut;

i. Kekeliruan dari sudut hukum tentang merayakan hari perayaan agama lain atau dalan konteks masa kini “rumah terbuka nasional” adalah berpunca daripada fahaman yang kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu. Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah dengan mereka atas nama agama mereka ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebaliknya jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka atas tujuan merapatkan perhubungan sesama manusia maka ia adalah diluar daripada konteks meraikan akidah mereka atau merelakan agama mereka. (Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, Dr. Abdul Hayei bin Syukor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)

ii. Menurut Dr. Ahmad al-Syarbashi seseorang Islam yang turut menyertai hari perayaan orang bukan Islam setelah memastikan majlis yang dihadiri itu tidak mengandungi perbuatan yang bercanggah dengan akidah atau upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti penyajian arak dan sebagainya (Dr Ahmad al-Syarbashi, Yas`alunaka Fid Din Walhayah, hal 390, jilid 4, Darul Jail, Beirut).

2.5 Hukum yang melarang orang Islam turut merayakan perayaan orang bukan Islam berdasarkan pandangan berikut;

i. Abu al-Qasim Hibbatullah bin Al-Hussain bin Mansur al-Tabari berkata, tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana kemungkaran mereka. (Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ahkam Ahl al-Zimmah, jilid 1, hal 156, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut)

ii. Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan orang bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana ia akan melibatkan orang yang melakukannya kepada dosa. (al-Syeikh Ahmad bin Abdul Razak, Fatawa al-Lujnah al-Da`imah lil Buhuth al-Ilmiah wal Ifta`, jilid 3, hal 436, Dar al-Muaiyyad, Riyadh)

2.6 Berdasarkan persoalan hukum tersebut maka pihak yang menganjurkan majlis tersebut perlu meneliti adakah perayaan yang dianjurkan mempunyai unsur agama atau semata-mata bercirikan kebudayaan. Kedua-dua unsur ini perlu diteliti dalam memastikan sambutan perayaan tersebut tidak menyinggung sensitiviti keagamaan terhadap orang awam yang menyertainya.

3. TAKRIF

3.1 Simbul

Maksud simbul dalam garis panduan ini adalah sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang, tanda (Kamus Dewan).

3.2 Ciri

Maksud ciri dalam garis panduan ini adalah sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya dengan yang lain) (Kamus Dewan).

3.3 Tunduk

Maksud tunduk dalam garis panduan ini adalah kepala atau muka condong ke hadapan (Kamus Dewan).

3.4 Upacara

Maksud upacara dalam garis panduan ini adalah majlis menurut adat (kebiasaan, agama), kermaian atau peralatan (menurut adat) (Kamus Dewan).

3.5 Budaya

Maksud budaya dalam garis panduan ini adalah tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dsb), kemajuan (akal budi), kebudayaan (Kamus Dewan).

3.6 Dakyah

Maksud dakyah dalam garis panduan ini adalah penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat dsb) untuk mendapat sokongan, propaganda (Kamus Dewan).

3.7 Mempersenda

Maksud mempersenda dalam garis panduan ini adalah mempermainkan (dengan gurau senda), memperolok-olokkan, mengejekkan(Kamus Dewan).

3.8 Sensitiviti

Maksud sensitiviti dalam garis panduan ini adalah perihal perihal sifat mudah merasai sesuatu (mudah tersinggung, bergerak balas dsb (Kamus Dewan).

3.9 Kriteria

Maksud kriteria dalam garis panduan ini adalah beberapa ukuran (asas pertimbangan) untuk menentukan nilai (Kamus Dewan).

4. KRITERIA PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIHADHIRI OLEH ORANG ISLAM

4.1 Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam boleh dihadhiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

4.1.1 Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbul-simbul agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

4.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian bewarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

4.1.3 Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan ahli sunnah wal jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menyolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

4.1.4 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyingung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

4.1.5 Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

5. PENUTUP

Sekiranya terdapat keraguan atau ketidakjelasan dalam mentafsir dan melaksanakan Garis Panduan ini hendaklah merujuk kepada;

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Blok D7, Parcel D,

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502, PUTRAJAYA

Tel: 03-8886 4253

Fax: 03-8889 1993
Tarikh : 05 Februari 2009
Sumber : Pengarah Bahagian Perkhidmatan ICT
Editor : PRO JAKIM
Hits : 6106

Wajib Beriman Kepada Nabi Muhammad S.a.w dan Agama Islam

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: " Aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan perkara-perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi-nabi yang terdahulu daripadaku….; dan biasanya seseorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya sahaja, sedang aku diutuskan kepada umat manusia seluruhnya." Dan pada satu riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah ( Baginda s.a.w bersabda ): "…..sedang aku diutuskan kepada sekalian makhluk."

Jabir bin Abdullah r.a



Huraian
Rasulullah s.a.w bersabda: " Aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan perkara-perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi-nabi yang terdahulu daripadaku….; dan biasanya seseorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya sahaja, sedang aku diutuskan kepada umat manusia seluruhnya." Dan pada satu riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah ( Baginda s.a.w bersabda ): "…..sedang aku diutuskan kepada sekalian makhluk."

Pemerintah Wajib Berlaku Adil

“Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku ini, “ Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka, maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut”.

Riwayat Muslim

Huraian :

1. Orang yang dilantik menjadi ketua atau pemimpin hendaklah menjaga kebajikan orang ramai dan haram menindas serta menzalimi mereka.
2. Setiap rakyat harus menasihati dan menegur pemerintah dengan tegerun yang membina demi untuk memajukan negara. Rakyat juga berhak menyuarakan pendapat, serta boleh membantah sekiranya pemerintah melakukan kezaliman terhadap rakyatnya.
3. Pemerintah hendaklah menunaikan semua tanggungjawabnya sebagai pemimpin dengan melaksanakan tugas-tugas pemerintahan dengan adil untuk kepentingan semua rakyat dengan menyediakan segala kemudahan, demi untuk pembangunan, kemajuaan, keselamatan, dan kemakmuran negara.
4. Setiap orang akan disoal di akhirat tentang tanggungjawab yang telah diamanahkan ketika di dunia.

Berakhirnya ujian kepada Nabi Ayub

ALLAH ingin menjadikan Nabi Ayub sebagai seorang hamba-Nya yang benar-benar teguh keimanannya, tabah, sabar, tetap bersyukur dan sentiasa memuji Allah.

Oleh itu, Allah menguji Nabi Ayub dengan pelbagai ujian termasuklah kehilangan harta benda dan anak-anaknya. Ujian yang paling besar diterima oleh Nabi Ayub ialah ditimpa penyakit kulit yang sangat teruk.

Allah membenarkan iblis untuk menjalankan tipu muslihatnya. Tujuan Allah membenarkan iblis berbuat sedemikian adalah untuk menguji keimanan Nabi Ayub.

Namun begitu, Allah mengetahui bahawa Nabi Ayub mempunyai keimanan dan kesabaran yang tinggi walaupun diberikan pelbagai ujian dan dugaan.

Penyakit kulit yang dihadapi oleh Nabi Ayub sungguh teruk sekali hinggakan baginda tidak berdaya untuk bangun daripada pembaringannya. Semakin hari, badannya semakin kurus dan baginda tidak mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan. Mukanya menjadi pucat dan matanya cengkung.

Walaupun Allah mengujinya dengan penyakit yang begitu teruk, tetapi Nabi Ayub tetap beriman dan memuji kebesaran Allah. Penyakit yang dihadapinya memakan masa hingga bertahun-tahun lamanya.

Baginda disisihkan oleh masyarakat dan tidak ada sesiapapun yang sudi menjenguknya kecuali isterinya, Rahmah yang setia menemani, menghibur dan menguruskan keperluannya selama ini.

Walaupun Nabi Ayub diuji dengan penyakit yang begitu teruk, namun iblis masih tidak berpuas hati. Iblis telah menghasut Rahmah, isteri Nabi Ayub supaya bosan dan benci kepada Nabi Ayub.

Pada suatu hari, Rahmah berkata kepada Nabi Ayub, "Sampai mati Allah akan menyeksamu, wahai Ayub? Ke mana perginya anak-anak dan teman-teman kita? Ke mana tubuhmu yang gagah dan sihat itu?"

Alangkah terkejutnya Nabi Ayub apabila mendengar kata-kata isterinya itu. Ternyata isterinya itu juga sudah berubah hati. Baginda berasa sedih kerana isterinya yang dikasihi sanggup berkata begitu kepadanya.

Sejak hari itu Nabi Ayub tidak lagi memandang isterinya. Makan minum yang disediakan oleh isterinya juga tidak disentuh dan dimakan. Nabi Ayub telah bersumpah sekiranya baginda sembuh daripada penyakit, baginda akan memukul isterinya sebanyak 100 kali sebagai hukuman.

Kini tinggallah Nabi Ayub seorang diri menghadapi penyakit yang ditanggungnya itu. Badannya semakin lemah dan tidak berdaya lagi. Lalu Allah menurunkan wahyu-Nya kepada Nabi Ayub supaya menggerakkan kakinya sehingga keluar air. Air itu hendaklah diminum dan digunakan untuk mandi oleh baginda. Nabi Ayub pun menurutinya.

Maka dengan keizinan Allah badannya kembali kuat dan segar. Hilang segala penyakit yang ditanggungnya, malah baginda lebih kuat dan gagah dari dahulu.

Pada masa yang sama, isteri beliau telah melihatnya lalu terus kembali kepadanya. Nabi Ayub teringat akan sumpahnya bahawa baginda akan memukul isterinya apabila sakitnya sembuh. Isterinya itu pernah lalai menguruskan sewaktu baginda masih sakit. Akan tetapi timbul dalam hatinya rasa hiba dan sayang kepada isterinya sehingga baginda tidak dapat memenuhi sumpahnya.

Oleh sebab itu, turunlah perintah Allah supaya baginda melaksanakan sumpahnya dengan tidak menyakiti isterinya iaitu memukul dengan menggunakan seikat rumput yang terdiri 100 helai rumput sahaja.

Membongkar khasiat solat secara saintifik

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN dr utusan online
nisa.sulaiman@utusan.com.my


Ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

KEWAJIPAN bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Begitu istimewa sekali ibadah solat sehingga Rasulullah SAW naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.

Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.

Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.

Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dr. Fatimah berkata, kajian yang dijalankan buat masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh badan dan kolestrol.

Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.

"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.

Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.

"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.

Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.

Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.

Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.

Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.

"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.

Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.

Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.

Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.

Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.

"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.

Sujud

"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.

Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.

Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.

Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.

"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.

"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.

Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.

Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.

Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.

"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.

Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.

Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.

Pergerakan relatif

Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.

"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.

"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.

Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.

"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki," katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.

Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.

Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.

Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.

Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.

Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.

"Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat," katanya

Peruntuh masjid peluk Islam

Susunan SITI AINIZA KAMSARI dr utusan online

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab 'suci' untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.

Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.

Mereka melaung-laungkan perkataan "Ram! Ram!" sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas 'kejahatan' beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.

Kuasa Allah

Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.

Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.

Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia 'baru' yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.

Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.

"Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.

"Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan," ujarnya sayu

Tuesday, July 28, 2009

Kewajipan Remaja Muslim

Peringkat remaja adalah peringkat usia yang mempunyai ke-inginan yang kuat, semangat yang tinggi, cita-cita yang besar serta kesanggupan mencurahkan khidmat bakti dan pengor-banan. Peringkat ini juga adalah pcringkat usia yang mudah mempelajari, dipengaruhi dan mudah menurut perasaan.

Oleh itu usia remaja menurut pandangan Islam mem-punyai tanggungjawab dan nilai yang khusus. Rasulullah s.a.w. sangat mengambil bcrat khususnya dalam menyedarkan para remaja tentang perkara ini. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Bermaksud:
Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara: Ketika muda sebelum tua, ketika sihat sebelum sakit, ketika kaya sebelum miskin, ketika hidup sebelum mati dan ketika masa lapang sebelum masa sibuk.

(Riwayat al-Hakim)

Seorang remaja muslim yang berupaya memenuhi masa mudanya dcngan menguatkan jalinan hubungannya dengan Allah, melawan hawa nafsu dan berusaha mendalami serta menghayati Islam dengan kefahaman yang scbenar akan mudah meneruskan cabaran kehidupan tanpa bcrasa lemah atau kecewa.

Manakala remaja yang tidak mcmenuhi masanya dcngan perkara bermanfaat, maka sudah pasti dia akan ketinggalan dan sukar untuk mcndapatkannya kembali sesudah bcrlalu usia mudanya. Ini kerana lazimnya para remaja tidak dibebani pada peringkat usianya dcngan bebanan hidup yang banyak. Sudah tentulah orang yang tidak mcmikul beban tidak sama dengan orang yang telah berkahwin dan dibebani dengan pclbagai tanggungjawab.

Kita dapat melihat berapa ramai orang yang menycsali diri kerana tidak memanfaatkan waktu muda mereka dcngan sebaik-baiknya. Mereka dibayangi dengan pelbagai pcrsoalan. "Mengapakah aku tidak berusaha mcndekatkan diriku kepada Allah dan mclakukan kctaatan kepada-Nya dengan bertahajjud, berpuasa dan berzikir? Mengapakah aku tidak berusaha menghafaz al-Qur'an dan mempelajari hukum agama? Meng-apakah aku tidak berusaha mcngenal jalan yang lurus demi mengamalkan ajaran Islam? Mengapa? Dan mengapa?" Kesemua persoalan ini telah dan bakal dihadapi oleh para remaja yang hanyut tenggelam dalam keseronokan dunia dan kemudian dihimpit rasa penyesalan.

Cuba kita bayangkan seandainya diri kita berada di tempat mereka. Cuba kita bayangkan yang diri kita tcrlalu sibuk hingga tidak ada masa untuk membaca al-Qur'an, qiyamullail, mendalami ilmu pengeahuan dan mempelajari ilmu agama. Cuba kita bayangkan bahawa kita amat mengharapkan agar dapat kembali semula kc hari yang pcnuh kelapangan dan tidak dibcbani dengan tanggungjawab agar kita dapat mcmenuhi kesemua apa yang kita impikan.

Ketika itu katakanlah kepada diri kita sendiri, "Engkau sckarang berada dalam kcadaan penuh pengharapan. Engkau sebenarnya masih mcmpunyai waktu lapang dan bclum dibcbani dcngan tanggungjawab. Ayuh! Bcramallah sekarang selagi masa masih ada!!"

Namun begitu, sebelum kila beramal, kita perlu me-ngenal pasti petunjuk jalan yang manakah akan kila lalui kclak. Dengan kata lain, apakah tanggungjawab yang dituntut kc atas remaja Islam? Insya-Allah tanggungjawab tersebul akan ditcrangkan di Icmbaran sctcrusnya nanti.

Saya berdoa agar sumbangan saya ini diterima dan di-jadikan petunjuk ke arah kebaikan. Semoga Allah meng-ampunkan dosaku dan menggolongkan aku bersama saudaraku di dalam syurga. Hanya Dialah sahaja yang mcmberi petunjuk kc jalan yang lurus.

Abu Hazim

Rasululluh s.a.w. bersabda:

Bermaksud:
Dua nikmat yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia iaitu masa sihat dan masa lapang.

(Riwayat al-Bukhari)

Kata seorang penyair:

Masa amat bernilai selagi engkau berhati-hati menjaganya. Aku lihat ia adalah perkara yang paling mudah lenyap jika dilalaikan.

Keprihatinan Para Sahabat dan Salaf al-Soleh terhadap Waktu

Para sahabat dan salaf al-solch adalah sebaik-baik generasi yang sangat mengambil bcrat tentang masa. Ini kerana mereka adalah golongan yang paling mengctahui tentang nilai dan harga sesaat masa. Kata mereka: "Antara tanda kebencian Allah terhadap seseorang hamba ialah dia membuang masa. Masa diibaratkan scperti pedang. Jika engkau tidak memotong-nya pasti dia akan memotong kamu."

Mereka scntiasa berusaha meningkatkan kualiti diri dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik. Peribadi mercka pada hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esoknya adalah lebih baik daripada hari ini. Sebagaimana kata mereka: "Sesiapa yang pada hari ini sama sahaja dcngan hari semalamnya, maka dia seorang yang lalai, dan scsiapa yang hari ini lebih buruk daripada hari semalamnya, maka dia se­orang yang dicela."

Hasan al-Basri pernah berkata: "Wahai manusia! Scsung-guhnya diri engkau ibarat bcberapa hari. Apabila berlalunya satu hari, maka hilanglah sebahagian daripada diri engkau. Amatlah dikhuatiri sckiranya hilang sebahagian akan hilang pula keseluruhannya. Engkau sekarang sudah pun mcngctahui perkara ini maka beramallah."

Para sahabat dan salaf al-soleh sentiasa berwaspada agar satu hari atau beberapa kctika, sekalipun singkat tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa mengejar apa-apa bekalan sama ada ilmu yang bermanfaat, amal soleh, melawan hawa nafsu atau menyumbangkan kebaikan kepada orang lain. Mereka bcramal dan bcrsikap sedemikian agar usia dan masa mereka tidak disia-siakan atau terbuang begitu sahaja tanpa mereka sedari.

Ibn Mas'ud pernah berkata: "Tiada apa yang lebih aku kesalkan daripada hari yang berlalu, sedangkan ajalku scmakin hampir tetapi amalan aku tidak bertambah."

Nilai Masa di Sisi Islam

Pada suatu hari Imam Ibn Jarir al-Tabari berkata kepada para sahabatnya: "Adakah kamu mahu mcmpelajari tafsir al-Qur'an?". Mereka bertanya: "Berapakah jumlah helaiannya?" Jawab Ibn Jarir: "Tiga puluh ribu hclaian." Mereka berkata: "Jumlah sebanyak itu melebihi usia manusia sebelum dapat mcnghabiskannya." Lalu dia mcringkaskannya kepada liga ribu helaian sahaja dan menulisnya sclama tujuh lahun. Kemudian dia bertanya lagi kepada para sahabatnya: "Mahukah kamu mempelajari sejarah bermula dari zaman Nabi Adam a.s. schinggalah zaman kita sekarang?" Mereka bertanya: "Berapakah jumlah helaiannya?" Lalu dia menjawab: "Sebagai-mana ilmu tafsir," dan mereka pun menjawab scbagaimana jawapan terdahulu. Kemudian Ibn Jarir pun bcrkata: "Sesung-guhnya diri kita adalah untuk Allah! Mali dengan salu cita-cila!" Lalu dia mcringkaskannya sebagaimana dia meringkas-kan ilmu tafsir sebagai kctundukan yang luhur kepada Allah dan tidak membiarkan masa hidupnya dipenuhi dengan perkara yang sia-sia.

Imam Abu Wafa' ibn 'Uqail al-Hanbali pcrnah berkata: "Aku tidak halalkan bagi diriku mensia-siakan satu saat dari-pada umurku. Sekiranya lidahku lerhenti daripada mcmberi peringatan dan mataku terhalang daripada mengkaji, aku akan tetap menjalankan fikiranku dalam kcadaan aku rehat dan duduk. Aku akan bangun dalam kcadaan apa yang hendak aku tuliskan itu sudah terbayang dalam pcmikiranku. Kini aku dapati kcsungguhanku dalam mendalami ilmu ketika usiaku lapan puluh tahun lebih kuat daripada kcgigihanku ketika berusia dua puluh lahun." Beliau telah mcngarang kitab ke-susasteraan mcnjangkau lapan ratus jilid sebagaimana yang diriwayatkan.

Kisah Imam al-Nawawi pula amal menakjubkan. Salah scorang muridnya menceritakan: "Guruku mcmberitahu bahawa dia tidak membuang waktu sama ada pada siang hari mahupun malamnya. Bahkan beliau sentiasa sibuk berfikir walaupun ketika berjalan. Dia berlerusan berkeadaan demikian selama enam tahun. Selepas itu beliau mula mengarang buku, memberi nasihat dan menyampaikan kebenaran. Beliau berterusan dalam kcsibukan mengarang buku, menyebar ilmu, beribadah, bcrwirid, berpuasa, berzikir dan sabar dengan keadaan hidup yang susah daripada segi makanan dan pakaian tanpa ada tolok bandingnya."

Sabat ibn Jauzi berkala: "Aku pcrnah mendengar datukku bcrkata ketika berada di atas mimbar pada penghujung hayatnya: 'Aku telah menulis dengan dua jariku ini sebanyak dua ribu jilid kitab.'"

Nasihat Bapa kepada Anak

Imam Ibn Jauzi tclah menasihati anaknya dengan nasihat yang ringkas:

"Wahai anakku! Ketahuilah bahawa dua malaikat sentiasa mengawasi segala lafaz dan pandanganmu. Nyawa manusia akan berterusan sehingga tiba ajalnya, dan tempoh berada di dalam kubur amatlah panjang. Manakala azab kerana menurut hawa nafsu sangatlah berat.

"Ke manakah perginya kclazatan semalam? la tclah berlalu dan yang tinggal hanyaJah penyesalan. Ke manakah perginya syahwat hawa nafsu? Berapa kalikah engkau tcr-seleweng dan terjerumus ke dalam kcsesatan? Scsungguhnya orang yang bahagia itu tidak akan mencapai kebahagiaan kecuali setelah dia melawan hawa nafsunya. Orang yang ee-laka tidak akan berolch kecelakaan, melainkan dia telah tenggelam dalam keduniaan.

"Bandingkan antara para pemerintah dengan mereka yang zuhud. Kc manakah perginya kelazatan para pemerintah dan ke manakah perginya kesusahan mereka yang zuhud? Ganjaran nikmat pahala hanyalah bagi mereka yang beramal soleh. Manakala azab yang pedih pula hanyalah kepada mereka yang berbuat maksiat yang seolah-olah tidak pernah puas dan kenyang."

"Maka berhati-hatilah wahai anakku terhadap dirimu. Insafilah segala keterlanjuranmu pada masa lalu. Bersungguh-sungguhlah mencontohi mereka yang baik akhlak dan peri-badinya. Basahilah pipimu dengan air mata penyesalan dan rcnungkan kembali masamu yang telah pergi! Itu sudah me-madai sebagai peringatan buatmu."

Bagaimana Menjaga Masa

Kata Syeikh 'Abd al-Fatah Abu Ghadah dalam kitab al-Ni-hayah; "Faktor pendorong tcrpcnting dalam mcmelihara masa ialah menyusun aktivili, menjauhi majlis yang mclalaikan dan sia-sia, meninggalkan perkara yang lidak berfacdah dalam sctiap urusan, mendampingi orang yang soleh yang sentiasa member! nasihat dan menjaga waktu scrta membaca dan mengambil iktibar daripada kisah ulama yang unggul. Kesemuanya ini akan menyedarkan kita tentang nilai masa dan mendorong kita menjaganya."

Ketahuilah bahawa usia yang panjang akan berlalu sehari dcmi sehari. Selalunya kita terlupa bahawa ia berlalu dengan begitu pantas dan tidak akan kembali lagi. Scdangkan manusia sentiasa lalai dan tidak mengambil manfaat yang sebaik mung-kin daripadanya. Imam Ahmad ibn Hanbal pernah berkala: "Aku mengumpamakan usia remaja itu scperti benda yang ada dalam genggaman aku, kemudian ia jatuh dan lerlepas dari­pada gcnggamanku." Perumpamaan tersebut bermaksud zaman remaja terlalu singkat sehingga berlalu tanpa disedari.

Sebahagian orang bcranggapan bahawa hari mendatang dia tidak akan berhadapan dengan kesibukan dan kesusahan. Dia merasakan pada hari itu akan mempunyai lebih banyak masa lapang berbanding kctika zaman remajanya. Sayangnya apa yang bcrlaku adalah sebaliknya.

Wahai remaja! Seliap kali meningkatnya usiamu seliap kali itulah tanggungjawabmu bcrtambah, pergaulanmu meluas, waktumu mulai singkal dan tenagamu akan berkurangan. Waktu ketika dewasa amatlah terhad, apabila tiba waktu tua kesihatan akan terganggu, kecergasan akan menurun dan tang-gungjawab scrta kerja lebih banyak dan rumit.

Maka rebutlah waktu usiamu sekarang kerana ia adalah emas yang berharga dan usahlah mengharap pada sesuatu yang tidak pasti. Setiap kerlipan mata itu terkandung sejumlah kesibukan dan amalan.

Wahai anakku! Ketahuilah bahawa hari itu mengandungi sejumlah tarikan nafas. Setiap tarikan nafas itu adalah gedung. Maka berhati-hatilah agar tarikan nafas engkau itu tidak berlalu dengan sia-sia, lalu pada hari kiamat kelak engkau mendapati gcdungmu kosong, lantas engkau menyesal dan penyesalan itu tiada gunanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Maka renungkanlah masa yang telah terbuang dan berapa banyak peluang yang engkau telah terlepas."

Bagi mereka yang berfikir tentang dunia sebelum dilahir-kan akan mendapati ia satu jangka masa yang panjang. Begitu juga mereka yang berfikir tentangnya setelah dilahirkan ke dunia juga mendapati ia satu jangka masa yang panjang. Dia juga mengetahui bahawa tempoh masa di dalam kubur adalah panjang. Tetapi apabila dia berfikir jangka masa di dalam syurga atau neraka maka didapatinya tiada penghujung.

Apabila dibandingkan dengan tempoh hidupnya di dunia, contohnya enam puluh tahun, maka dia akan dapati dua puluh tahun telah dihabiskan dengan tidur, lima belas tahun jangka-masa sebelum baligh dan selebihnya kebanyakan dihabiskan untuk memenuhi syahwatnya dan keperluan serta desakan kehidupannya. Apabila direnungkan masa yang diperuntukkan untuk akhirat pula didapati ia penuh dengan riak dan kelalaian. Maka dengan apakah digunakannya untuk membeli kehidupan akhirat? Adakah dengan modal masa yang lelah dihahiskan sedemikian rupa?!

Kewajipan yang dituntut terhadap remaja adalah banyak dan berbagai-bagai sehinggakan tidak dapat untuk kila catatkan kesemuanya dalam makalah ringkas ini. Sungguhpun demi-kian, saya akan berusaha memaparkan kcwajipan yang terpenting berpandukan para alim ulama dan nasihat para pembimbing.

Aku memohon kepada Allah S.W.T. agar menerima amalanku dan memberikan ganjaran sama ada aku bctul atau salah. Semoga Allah mengurniakan kepadaku pahala dan mengampunkan segala kelemahan dan kesilapanku.

Pertama : Kewajipan kepada Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadith Qudsi, Allah S.W.T. berfirman:

Bermaksud:
"Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, nescaya Aku izinkan memeranginya. Tiada suatu pun yang Aku sukai apabila seorang hamba-Ku mendekati-Ku melainkan dia mengerjakan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya. Hamba-Ku yang mendekati-Ku dengan melakukan amalan sunat nescaya akan Aku kasihi. Apabila Aku sudah mengasihinya maka Aku mcnjadi telinganya untuk mandengar, matanya untuk mclihat. tangannya untuk bergerak kakinya untuk bcrjalan. Apabila ia memo-hon kcpada-Ku nescaya Aku perkenankan dan apabila ia memohon perlindungan daripada-Ku nescaya Aku melindunginya."

Perkara minimum yang dituntut daripada setiap rcmaja ialah mengerjakan pcrkara fardhu dan meninggalkan segala la-rangan-Nya. Manakala mereka yang ingin mcndckatkan diri kcpada Allah S.W.T. bolehlah mengerjakan pcrkara sunat dan bcrmujahudah mclawan hawa nal'sunya, hinggalah ia berjaya mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Dia hendaklah selalu menycbut :

Bermaksud:
"Aku segera datang kepada-Mu wahai Tuhanku supaya Engkau redha akan daku."

(Surah Taha : 84)

Kita hendaklah selalu mengetuk pintu rahmat Allah scbagaimana kata Ibn Mas'ucl: "Sescorang yang bertcrusan mcngetuk pintu rahmat Allah, besar kemungkinan akan di-bukakan untuknya."

Antara doa yang diucapkan oleh Nabi Daud a.s.:

Bermaksud:
Ya Allah! Aku memohon kasih-Mu, aku mencintai orang yang mencintai Engkau dan amalan yang memberikan aku kasih-Mu. Ya Allah! Jadikanlah kasih-Mu itu lebih baik aku cintai daripada diriku, keluargaku dan daripada minuman air yang sejuk. "

(Riwayat al-Tirmizi)

Mencintai Allah dan taqarrub yang bcrterusan kepada-Nya adalah matlamat yang paling utama. Mereka yang mera-sainya sudah pasti mendapat kejayaan dalam mcngecapi nikmat dunia dan akhirat.

Imam Ibn Qayyim pernah berkata: "Martabat mencintai Allah S.W.T. adalah martabat yang menjadi rcbutan pencinta-Nya. Manusia sanggup berkorban kerana-Nya serta merupakan punca keredhaan para anbiya'. la adalah makanan hati dan santapan rohani scrta penyejuk mata. la juga adalah satu ke-hidupan, mercka yang tidak memilikinya ibarat sekujur mayat.

"Cinta kepada Allah S.W.T. juga umpama cahaya. Mereka yang tidak memilikinya berada dalam kegelapan. la juga adalah satu ubat dan sesiapa yang tidak memilikinya nescaya hatinya akan ditimpa pelbagai penyakit. Mcnyintai Allah juga satu kelazatan. Mereka yang tidak memilikinya akan merasai hidupnya penuh dengan kepahitan dan kekecewaan. la adalah roh segala amalan dan iman. Maka mercka yang tidak memili­kinya umpama jasad yang tidak bernyawa."

(Madarlk al-Salikin)

Ibn Taimiyyah pula berkata: "Di dunia ini terdapat scbuah syurga. Sesiapa yang tidak mcmasukinya nescaya dia tidak akan memasuki syurga di akhirat iaitu mencintai Allah." Di-katakan: "Pcnghuni dunia ini akan keluar meninggalkan dunia, sayangnya mereka tidak merasai scbaik-baik nikmat yang ada di dalamnya." Ditanyakan kepadanya: "Apakah sebaik-baik nikmal di dunia itu?" Jawabnya: "Mencintai Allah, mengenali-Nya dan berzikir kepada-Nya."

Bagaimana Mendapat Kecintaan Allah S.W.T.

Antara tuntutan supaya seorang hamba itu cinta kepada Tuhannya adalah dengan scntiasa mcngingati-Nya dan rindu unluk bermunajat kepada-Nya. Hati juga tidak menyimpang kepada yang lain selain Allah S.W.T., tctapi mestilah ikhlas beribadah kepada-Nya. Apa yang paling pcnting sekali ialah menghidupkan malam dengan mengerjakan sembahyang malam walaupun sekadar dua rakaat sebelum terbit fajar. Kelika itu hendaklah kita mengadu kepada Allah dengan penuh rasa kehinaan, kekurangan dan kedangkalan kita seterusnya memohon pertolongan daripada-Nya.

Kita juga perlu istiqamah membaca al-Qur'an dan meng-khatamnya sekurang-kurang sekali sebulan. Kita hendaklah membacanya dengan penuh penghayatan terutamanya pada waktu hampir subuh. Kita juga hendaklah banyak berdoa,' menangis dan bermunajat dalam sembahyang. Kita juga perlu sentiasa mengingali dan membuat persediaan untuk meng-hadapi mati dengan selalu menziarahi kubur dan melawat orang yang sakit. Kita juga perlu mengkaji amalan yang dilakukan oleh para sahabat, salaf al-soleh dan para tabi'in.

Mudah-mudahan kita berjaya mcnuruti jejak mereka.

Tidak lupa juga, kita perlu merasai kehadiran Allah S.W.T. pada setiap gerak-geri, perkataan dan perbuatan kita. Kita juga hendaklah sentiasa membasahi lidah kita dengan berzikir kepada Allah pada setiap waktu walaupun tanpa kehadiran hati.

Ibn 'Ata pernah berkata: "Jangan kamu tinggalkan ber-zikir kcpada Allah dengan sebab kamu tidak dapat merasai kehadiran Allah. Ini kcrana lalainya kamu daripada berzikir kepada Allah lebih bcrat daripada lalainya kamu merasai ke-hadiran Allah ketika berzikir. Mudah-mudahan Allah meng-angkat martabatmu daripada berzikir dalam keadaan lalai ke-pada bcrzikir dalam keadaan khusyuk. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa.

"Kita juga jangan lupa berpuasa, kerana apabila seseorang hamba itu lapar kerana berpuasa, maka puasa itu akan mem-bersihkan badan, melembutkan hati, menitiskan air mata, me-mudahkan anggota badan melakukan ketaatan dan merasai kemuliaan hidup di dunia ini."

(Ihya' 'Ulum al-Din).

Seorang penyair pernah berkata:
Wahai mata!
Alangkah bertuahnya engkau memperoleh kebahagiaan,
kerana ramai orang menangis di kala kegelapan malam.
Semoga pada hari akhirat nanti,
engkau berjaya memperoleh hari yang terindah
di dalam mahligai syurga.

Kedua: Kewajipan kepada Nafsu

Firman Allah S.W.T.:

Bermaksud:
"Demi diri manusia dan kejadiannya (dengan kelengkapun yang sesuai dengan keadaannya) serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawa saya kepada ber-taqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirimu yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman, dan amal kcbajikan) dan sesungguhnya hanyalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia ber-sih itu susut dan terbcnam kebersihannya (dengan sehah kekotoran maksiat).

(Surah al-Syams ; 7-10)

Allah S.W.T. mengaitkan kejayaan dengan pembersihan hati, manakala kerugian dengan kelalaian. Perlulah kita sedar bahawa musuh kila yang paling utama ialah nafsu yang berada dalam diri kita sendiri. la tclah dicipta untuk mengajak manu­sia ke arah keburukan, cenderung kepada kejahatan dan men-jauhi pcrkara kebaikan.

Oleh ilu kita dituntut supaya membersih dan mcnguat-kannya, mcmimpinnya dengan segala kckuatan yang ada ke arah mcngabdikan diri kepada Allah S.W.T. sctcrusnya me-negahnya duripada rncnuruti kehendak nafsu syahwat dan tenggelam dalam kcseronokannya.

Kelalaian kila akan menjadikan nafsu semakin liar dan sukar dikawal. Akhirnya kita tidak akan meneapai keme-nangan. Sckiranya kita selalu melawan dan mencela nafsu law-wamah, nescaya kita akan dapat merasai nafsu mutma'innah.

Nafsu Manusia

Antara tabiat buruk nafsu ialah suka menunjuk-nunjuk kuasa, gelaran, takbur, ujub, riak, menipu, cintakan dunia dan takut mati, tamak, bakhil, suka kepada syahwat, rakus, hasad dan sebagainya. Maka dengan scbab itulah kita dituntut supaya berjihad melawannya. Firman Allah S.W.T:

Bermaksud:
"Adapun orang yang takut keadaan semasa ia berdiri di mahkamah tuhannya (untuk dihisab) serta ia menahan dirinya daripada menurut hawa nafsunya, maka syurgalah tempat kediamannya."

(Surah al-Nazi'at : 40-41)

Firman-Nya lagi:

Bermaksud:
Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka di jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan).

(Surah al-'Ankabut: 69)

Sikap Sahabat dan Ulama Salaf terhadap Hawa Nafsu

Para sahabat, ulama salaf dan golongan soleh scntiasa bcrjihad mclawan hawa nafsu mereka. Hassan al-Basri pernah berkata bcrhubung firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri), katanya: "Orang mukmin sentiasa mencela nafsunya; apakah yang aku inginkan daripada perkataan, makanan dan minuman-ku? Orang yang jahat tidak pernah menyesali segala apa yang berlaku."

Sufyan al-Thauri pernah berkata: "Aku tidak pernah mengubati sesuatu yang lebih hebat daripada nafsu aku. Ini kerana ada ketikanya aku mcnang dan pada ketika yang lain pula aku kalah."

Abu 'Abbas al-Musali berkata kepada dirinya: "Wahai jiwa, di dunia ini cngkau tidak bcrseronok dengan anak-anak pemcrintah dan tidak pula cngkau bermujahadah untuk hari akhirat. Scolah-olah aku dengan cngkau tcrpcnjara antara syurga dengan ncraka. Apakah cngkau tidak pcrnah berasa main?"

Seorang lelaki pernah bertanya kepada 'Dinar ibn 'Abd al-'Aziz: "Ketika bilakah aku perlu bercakap?" Jawab 'Umar: "Kctika engkau ingin diam." "Ketika bilakah pula aku perlu diam?" Jawab 'Dinar lagi: "Ketika engkau ingin bercakap."

Suatu ketika Malik ibn Dinar berjalan di pasar. Apabila beliau mclihat sesuatu dan mcngingininya dia berkala kepada nafsunya: "Sabarlah, demi Allah aku tidak menegahmu melainkan kerana aku memuliakan engkau."

Seorang soleh pernah berkala kepada nafsunya: "Amalan sepcrti fatamorgana. Hati pula jauh daripada taqwa. Dosa sebanyak debu dan pasir, kemudian bcrcita-cila mendapatkan kenikmatan di syurga?! Amat jauh sckali ... engkau sebenarnya bcrmimpi pada siang hari."

Seorang yang lain bcrkata tentang naf'sunya: "Nafsu menjadi raja apabila engkau mcnurutinya dan menjadi hamba apabila engkau mengawalnya." Seorang yang lain pula pcrnah menyifatkan ubat hati dengan berkata: "Ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca dan menghayati al-Qur'an, berpuasa, sembahyang malam, bermohon kepada Allah S.W.T. ketika dinihari dan menghadiri majlis orang soleh."

Mengubati Hati

Al-Qur'an, al-Sunnah, para sahabal serla salaf al-soleh menjelaskan kepada kita bahawa kaedah umum untuk mengubati hati adalah dengan melakukan perkara yang bertentangan dengan kehendak dan kecenderungan hawa nafsu. Sebagaimana yang diketahui bahawa kita perlu menanggung pahitnya ubat dan sabar terhadap apa yang digemari, demi mcngubati penyakit.

Demikian jugalah dengan masalah hati. la perlu kepada menahan kepahitan mujahadah dan sabar bagi mengubati penyakit hati. Inilah scpatutnya yang Iebih ditekankan, kerana penyakit yang menimpa tubuh badan akan berakhir dengan kematian, tetapi penyakil hati akan berterusan sesudah mati buat selama-lamanya.

Bagi memudahkan kita bermujahadah melawan hawa nafsu, maka perlulah kita berada dalam suasana yang boleh mengingatkan kita kepada alam akhirat. Sembahyang malam, membaca al-Qur'an ketika dinihari sambil berlinangan air mata, mengingati mati dan segala amalan yang boleh men-dekatkan kita kepada Allah S.W.T. sudah pasti akan memberi kesan kepada jiwa orang yang melakukannya.

Dengan itu dia akan mementingkan akhirat daripada dunia serta memusatkan perhatiannya pada satu perkara iaitu takut-kan hisab atau perhitungan pada hari akhirat kelak. Peringkat ketakutan yang demikian ini akan memudahkan bagi setiap kita membanteras scgala penyakit hati yang menyerang kerana sedar betapa bahaya sekiranya ia dibiarkan tanpa diubati.

Cara Mengetahui Keaiban Nafsu

Caranya sangat mudah terutama bagi mereka yang berusaha untuk menghilangkan keaiban diri sendiri. Kita akan dapat mengetahuinya dengan mendampingi orang soleh kerana setiap individu muslim itu merupakan cermin bagi rakannya. Dia dapat mengingatkan dan menjelaskan keaiban rakannya.

Begitu juga dengan membaca buku yang membicarakan tentang nafsu dapat menjelaskan kepada kita tentang keaiban nafsu itu sendiri, contohnya kitab Mukhtasar Manhaj al-Qasi-din karangan Ibn Qudamah al-Muqaddasi dan sebagainya. Kita perlu mengenali penyakit dan berusaha menghilangkannya dengan berpandukan kepada al-Qur'an, al-Sunnah dan amalan para salai" al-soleh.

Buat akhirnya, perlulah diketahui bahawa scgala pcnyakit hati itu timbul dan mcrcbak disebabkan jauhnya hubungan antara kita dengan Allah S.W.T. sebagaimana firman Allah S.W.T. :

Bermaksud:
"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang telah melupakan (perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka diri mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka."

(Surah al-Hasyr: 19)

Maka hendaklah kila sentiasa mcmohon pertolongan daripada Allah S.W.T. hagi menghadapi pcrkara tersebut dengan mempebanyakkan zikir, berdoa, rasa takut akan akibat pcnyakit hati ini, sentiasa mencela nafsu buruk, tidak memper-cayainya atau berasa tenang dcngannya. Kita juga perlu mengelakkan diri daripada lalai dan daripada mendampingi orang yang lalai, bcrpcnyakit hati dan penurut hawa nafsu. Firman Allah S.W.T.:

Bermaksudnya:
"Dan setiap yang tidak mengindahkan pengajaran (al-Quran yang diturunkan oleh Allah) al-Rahman. Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan mcnyesatkan) lalu jadilah ia temannya yang tidak renggang daripadanya."

(Surah al-Zukhruf: 36)

Ketiga : Kewajipan kepada Akal

Sebagaimana para remaja muslim dituntut mendekatkan diri kcpada Allah S.W.T. dan bcrmujahadah melawan hawa nafsu, maka dcmikianlah juga ia dituntut supaya mengambil berat ter-hadap akalnya dan memantapkannya dcngan ilmu pcngctahuan yang bermanfaat.
Abu Umamah al-Bahili mcriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bcrsabda:

Bermaksud:
"Kelebihan orang yang bcrilmu daripada orang yang berbadah adalah seperti kelebihan aku dengan orang yang paling rendah di kalangan kamu.Kemudian Rasulullah s.a.w. bcrsabda yang bermaksud:’sesungguhnya Allah,para malaikat serta makhluk yang berada di langit dan di bumi hinggakan semut didalam lubangnya dan hidupan laut mendoakan kebaikan kepada manusia yang mengajar ilmu kebaikan kepada manusia."

(Riwayat al-Tirmizi)

Sayidina Mu'az r.a. berkata: "Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya kerana Allah adalah taqwa, menuntutnya adalah ibadah, mcngulangkajinya adalah tasbih, mcngkajinya adalah jihad, rncngajarkannya kepada mcrcka yang tidak mengetahui adalah sedekah dan berkorban untuk ahli ilmu boleh mendekatkan diri kepada Allah."

Sayidina 'Ali pernah berkata tentang kelebihan ilmu daripada harta: "Ilmu menjaga engkau sedangkan engkau mcnjaga harta. Ilmu mempertahankan engkau sedangkan engkau mcmpertahankan harta."

Kegigihan Rasulullah s.a.w. Mendidik Para Sahabat

Rasulullah s.a.w. sangat bersungguh-sungguh mcngajar umat Islam. Apabila Baginda mendapat peluang berbuat demikian Baginda tidak mensia-siakannya scbagaimana yang berlaku dalam pcpcrangan Badar. Sebahagian tawanan adalah orang Quraish yang pandai membaca dan menulis, maka bayaran tebusan bagi mcrcka adalah dengan mengajar sepuluh orang kanak-kanak orang Islam belajar menulis.

Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan para sahabat supaya mempelajari bahasa asing sehingga mereka mampu untuk bcr-dakwah kc serata tempat. Di kalangan mercka ada yang menguasai bahasa Parsi, Rom dan Habsyah. Apabila didapati tiada di kalangan sahabat yang menguasai bahasa Ibrani iaitu bahasa kaum Yahudi, maka Rasulullah s.a.w. mcngarahkan Zaid ibn Thabil mcngambil tugas tersebut.

Demikianlah prihalinnya Rasulullah s.a.w. icrhadap ilmu. Baginda mcnggalakkan para sahabatnya supaya belajar sehingga mcnjadikannya satu kcfardhuan scpcrli sabda Baginda s.a.w.:

Bermaksud:
Menuntut ilmu itu satu kefardhuan ke atas setiap muslim.

(Riwayat Ibn Majah)

Ilmu yang Dituntut

Terdapat beberapa pendapat berrhubung ilmu yang menjadi kefardhuan ke atas setiap muslim. Mcnurut scbilangan besar ulama, ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap muslim ialah ilmu agama dan ilmu keduniaan. Ilmu agama adalah seperti berikut:

1. Ilmu yang membawa kepada kefahaman dan keyakinan yang mendalam tentang aqidah dan terselamat daripada unsur syirik dan khurafat.

2. Ilmu yang membetulkan amal ibadah seseorang dari sudut lahiriah iaitu menepati kehendak syara' dan dari sudut batiniah iaitu niat yang ikhlas kerana Allah.

3. Ilmu yang dapat membersihkan jiwa dan hati dengan mengctahui sifat yang tcrpuji lalu mcnghayatinya dan si fat yang dikeji lalu menjauhinya.

4. Ilmu yang dapat mendisiplinkan tingkah laku seseorang terhadap diri sendiri, keluarga dan orang ramai sama ada muslim atau bukan muslim. Seterusnya dengan ilmu tersebut dia dapat membezakan antara yang halal dengan haram serta antara yang wajib dengan yang sebalik-nya.

Kesemuanya ini adalah had yang paling minimum yang perlu diketahui oleh setiap muslim tentang agamanya pada sctiap masa dan keadaan. Meluas dan menamhahkan ilmu ler-sebut adalah berdasarkan kepada keadaan dan tanggungjawab setiap individu tcrsebut. Maka bagi seorang yang fakir tidaklah wajib baginya mempelajari secara terperinci hokum zakat bahkan memadai baginya mengetahui bahagian yang diharuskan untuknya daripada harta zakat.

Demikianlah juga bagi mereka yang menjurus kepada pengkhususan dalam scsualu bidang, maka wajib baginya mcngetahui hukum-hakam yang bcrkaitan dengan bidang yang diceburinya. Scorang pcniaga pcrlulah mcngctahui perkara yang halal dan haram dalam urusan perniagaan dan seorang doktor pula pcrlulah mcngetahui hukum-hakum yang ber-hubung kait dcngan profesyennya seperti haram mcngubati dcngan arak dan sebagainya. Apa yang penting di sini ialah scseorang yang mcmpunyai pcngkhususan dalam scsualu pcrkara ilu maka wajiblah baginya mcngetahui ilmu agama yang bcrkaitan dengannya.
Scsudah ilu, maka pcrlulah baginya mcnambah pcngcla-huannya dcngan ilmu cabang sckalipun sedikit dcmi untuk menjadi scorang yang scimbang ilmunya tanpa melebihkan atau mengurangkan mana-mana bahagian. Cabang ilmu itu seeara ringkasnya adalah scpcrti berikut:

1. AI-Qur'an al-Karim, iaitu mampu membaca dcngan betul dan bertajwid, menghafal, sckadar yang termampu dan mcngkaji tafsiran dan ilmu tentang al-Qur'an. Antara kitab tafsir ialah Tafsir Ibn Kathir, al-Tibyan ka-rangan al-Nawawi dan 'Ulum al-Qur'an karangan Manna al-Qattan.

2. Al-Sunnah, iaitu dcngan mcngkaji sunnah dan mcnghafaz beberapa jumlah hadith.
Antara kitabnya ialah Hadith Empat Puluh karangan Imam al-Nawawi, Riyadh al-Solihin dan Sahih Muslim.

3. Si rah (Cerita Nabi).
Antara kitabnya ialah Ringkasan Sirah Ibn Hisham oleh 'Abd al-Salam Harun, al-Rahiq al-Makhtum dan Kcpah-lawanan Gcncrasi Para Sahabat.

4. Perancangan jahat tcrhadap Islam.
Antara buku yang scsuai dibaca scperti Teknik Serangan Pemikiran oleh 'Ali Juraishah, Inilah Agama, Musa Depan Untuk Islam oleh Sayyid Qutb, apa Erli Saya Menganut Islam scrta Pcmuda dan Perubahan oleh Fathi Yakan dan lain lain.

Keempat: Kewajipan kepada Pelajaran

Agama Islam mcngajar kita supaya tidak mcmisahkan antara ilmu kcduniaan dengan ilmu agama. Bahkan Islam menuntut supaya kita mcndalami dan mcnguasai kedua-duanya.
Islam telah mcnghimpun ilmu gcografi dalam satu ayat al-Qur'an dan mcnggalakkan um at manusia supaya mcm-pclajari dan mcndalaminya. Mengctahuinya adalah bcrtujuan mcncapai pcringkat taqwa kepada Allah dan mcngenali-Nya. Firman Allah S.W.T. :

Bermaksud:
"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan daripada langit lalu Kami keluarkan dengan hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya.dan antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong putih dan merah yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hilam legam. Dun demikian pula antara manusia dan hinatang tnelata serta binatang ternakan yang berlainan jenis dan warnanya. Sehenarnya yang menaruh himbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamha-Nya hanvulah ulama. Seaungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun."

(Surah Fatir: 27-28)

Apabila Islam menggalakkan umatnya supaya mcnguasai kcdua-dua medan kehidupan iaitu dunia dan akhirat, maka menguasai ilmunya adalah menjadi perkara yang sangat ditun-tut.
Keperluan Umat Islam kepada llmu

Era kehidupan yang kita harungi sekarang menuntut kita supaya menceburi segcnap lapangan dan bidang ilmu. Manusia pada hari ini sentiasa bersaing melakukan rckaan dan pene-muan baru, maka di manakah umat Islam dalam saingan ini?

Kita masih menjadi pengemis daripada dunia Baral dan Timur. Kita banyak bergantung pada mereka daripada mendapatkan scbatang jarum hinggalah peluru berpandu. Kita dinamakan Negara Dunia Kctiga atau Negara Mundur. Ini semua discbabkan kita meninggalkan ilmu keduniaan dan tidak berusaha untuk menjejaki apa yang lelah dilakukan oleh orang terdahulu sepcrti Ibn Rushd, Ibn Nafis, Khawarizmi, Ibn Hisharn dan lain-lain yang telah mcnukilkan nama mercka dalam Icmbaran sejarah tamadun dunia.

Sebagaimana Islam mementingkan adanya pakar fiqh Is­lam, ia juga mementingkan adanya doktor Islam, jurutera Islam dan teknokrat Islam. Bahkan, sckiranya umat Islam di satu-satu tempat memerlukan seorang doktor tetapi tidak ditemui walau seorang doktor pun di kalangan mereka, maka kcscmua mereka menanggung dosa.

Menceburi kedua-dua medan ini merupakan fardhu kifayah kepada umat Islam seluruhnya. Mereka yang mem-punyai pengkhususan dalam sesuatu bidang adalah menjadi fardhu ain ke atasnya dan wajib baginya menyempurna-kan pengkhususan ini demi memberi manfaat kepada umat Islam.

Sekiranya setiap orang daripada kita bersikap scdcmikian, sudah tentu Ibn al-.Jauzi berkata: "Seharusnya bagi sctiap orang yang mempunyai daya minda mcncapai setinggi-tinggi tahap yang termampu. Sckiranya diandaikan ada manusia yang naik ke langit, maka tiada keburukan yang lebih teruk selain orang yang berpuas hati berada di bumi."

Wahai para remaja, marilah kita kembalikan kegemi-langan mereka yang terdahulu dan kita bersungguh-sungguh mencapai tahap keilmuan yang tertinggi. Sekiranya kita inengikhlaskan niat kcrana Allah dan mcnjadikan matlamat ilmu sebagai satu pcningkatan demi berkhidmat kepada umat Islam, nescaya Allah akan mcngurniakan ganjaran pahala kcpada kita, sama scpcrti pahala yang dikurniakan kepada mereka yang duduk bertasbih, bertahlil dan bcrtakbir kcpada Allah sebagaimana yang dijclaskan olch para ulama.

Mereka yang menuntut ilmu agama untuk dunianya tidak sama dengan mcreka yang mcnuntut ilmu dunia untuk agama-nya.

Nasihat

Wahai para remaja, jauhilah dan jangan mcncrima dakwaan sebahagian orang yang mcnyuruh supaya mcninggalkan atau mcngcnepikaii mempclajari ilmu kcduniaan, bahkan tumpukan kepada ilmu agama semata-mata. Pcndapat ini jauh mcnyim-pang daripada kebenaran.

Cuba kita bayangkan sekiranya kita semua meninggalkan ilmu keduniaan, lain tiada di kalangan kita yang menjadi doktor, guru, jurutera dan sebagainya? Maka siapakah yang akan mengubati anak isteri kita? Siapakah pula yang akan mcngajar anak-anak kita? Dan siapakah...?! Adakah yang akan mcngajar kita seorang Islam yang jauh daripada Allah S.W.T. scrta tidak mcngctahui pcrkara halal dan haram atau adakah yang bukan Islam.

Ketika Rasulullah s.a.w. diutuskan, para sahabat mem-punyai pekcrjaan yang menjadi punca rezeki mereka. Rasu­lullah s.a.w. tidak pula meminta mereka meninggalkannya, sebaliknya menumpukan kepada dakwah atau ilmu semata-mata, bahkan Rasulullah s.a.w. membiarkan mereka dengan pekerjaan masing-masing. Maka marilah kita memakmur dan mengislahkan dunia ini dcngan agama.

Kelima: Kewajipan kepada Keluarga

Sebilangan besar para remaja tinggal bersama-sama kcluarga masing-masing. Kebanyakan keluarga umat Islam tidak diarah-kan dengan corak dan cara hidup Islam yang scmpurna. Maka kita dapati wujudnya sikap sambil Iewa tentang beberapa per­kara yang berkaitan dengan agama daripada pihak keluarga-nya.

Dari sini kila akan dapati bahawa tanggungjawab kita terhadap ahli keluarga terlebih berat. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sukar untuk menerima nasihal daripada anak-anak scbagaimana kata pepatah, "Aku Iebih dulu makan garam daripada kami." Tambahan pula mereka Iebih mengetahui baik buruk sikap anak-anak mereka berbanding dengan orang luar yang hanya tahu baiknya sahaja.

Ini tidaklah bermakna kita meninggalkan dakwah ter-hadap mereka. Bahkan kita hendaklah berusaha dengan ber-sungguh-sungguh dan sentiasa berusaha, berfikir seraya men-cari jalan yang paling sesuai unluk menyampaikan dakwah kepada mereka.

Di sini beberapa nasihat yang boleh kita ambil dalam menjalinkan hubungan dengan mereka. Antaranya adalah dengan kita, akan sentiasa merenung hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

Bermaksud:
Permudahkan dan jangan menyusahkan, gembirakan mereka dan jangan menjauhkan mereka.

(Muttafaq 'alaih)

Dan dalam hadith yang lain pula, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud:
Apabila Rasulullah s.a.w. memilih antara dua perkara, Baginda akan memilih yang iebih mudah seaugi ia tidak membawa kepada dosa.

(Muttafaq 'alaih)

Seseorang muslim yang sanggup menyusahkan diri sendiri, dengan meningkatkan amalan dan menolak segala perkara yang merupakan keinginan dan kemudahan yang menepati syariat adalah dibolehkan. Cuma apa yang tidak dibolehkan ialah mewajibkan perbuatan tersebut kepada semua orang. Antara keterlaluan yang dilakukan ke atas keluarga ialah mendesak mereka melakukan amalan sunat seolah-olah amalan tersebut sesuatu yang difardhukan dan mcninggalkan amalan makruh seolah-olah ia adalah haram.

Tindakan yang scpatutnya kila lakukan ialah mewajibkan kepada manusia perkara yang diwajibkan oleh Allah S.W.T. sahaja. Perkara yang selain ilu, mereka bebas memilih sama ada ingin melakukannya ataupun meninggalkannya.

Memadailah bagi kita merenung kisah seorang Badwi yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang perkara yang diwajibkan ke atas dirinya. Lalu Rasulullah s.a.w. mcnjawab iaitu scmbahyang lima waktu, mengeluarkan zakat dan berpuasa pada bulan Ramadhan. Dia bertanya lagi: "Adakah ada yang selainnya?" Jawab Baginda: "Tidak ada kecuali amalan sunat." Lclaki itupun beredar sambil berkata: "Demi Allah, aku tidak akan menambah atau mengurangkannya." Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bcrjayalah dia sckiranya dia benar-benar berbuat demikian."

Kita tidak seharusnya sentiasa cenderung kepada hal yang merumitkan, keterlaluan dan berlebihan pada mcngharamkan dan meluaskan ruang lingkupnya. Kita juga tidak seharusnya dengan ilmu kita yang cetek tentang perkara yang haram dan halal, kila menghalalkan semua perkara.

Apabila kita berhadapan dengan masalah fiqh yang mempunyai dua pandangan, satu pandangan hukumnya harus dan satu lagi makruh atau satu pendapat mengatakan makruh dan satu lagi haram. Dalam situasi ini tidak seharusnya kita sentiasa memaksa orang ramai supaya berpegang kepada hukum yang lebih bcrat kecualilah dengan keredhaan mereka. Ini kerana hukum fiqh adalah bersifat fleksibeliti, maka biarkan mereka memilih hukum yang ringan seperti yang dilakukan oleh Ibn 'Abbas dan berpegang dengan yang lebih berat scbagaimana yang dilakukan oleh Ibn 'Umar.

Kesimpulan

1. Kita tidak boleh bersifat bergopoh-gapah mengeluarkan sesuatu hukum fiqh untuk keluarga kita tanpa terlebih hikmah dan kesedaran yang tinggi sehingga tidak berlaku sesuatu yang berlainan daripada apa yang kita inginkan. Kita hendaklah sedar bahawa metod dakwah dengan menampilkan keteladanan yang baik adalah lebih ber-kesan daripada percakapan. Pernah dikatakan bahawa, "Amalan seorang untuk seribu adalah Iebih baik daripada nasihat seribu orang untuk seorang."

2. Akhir sekali, kita jangan sekali-kali lupa bahawa mereka yang mendapat keredhaan kedua-dua ibu bapanya akan mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka tidak seharusnya kita membangkitkan kemarahan dan menolak kcmahuan mereka. Sekalipun ia akan mendorong kita meninggalkan perkara yang Iebih baik kepada melakukan perkara yang kurang baik. Kita juga tidak seharusnya ber-interaksi dengan mereka secara kasar dan keras.

Keenam: Kewajipan kepada Masyarakat

Kewajipan seorang Islam masa kini terhadap masyarakat ada­lah salu tanggungjawab yang amat pcnting. Mereka mestilah memikirkannya siang dan malam. Mereka yang merenung dengan mendalam tenlang keadaan kita sekarang ini akan mendapati bahawa Islam sudah menjadi begitn asing di tanah airnya sendiri. Kehidupan umat Islam pada hari ini lebih sukar daripada kehidupan anak-anak yatim.

Semua kekuatan dunia scperli Kristian, Komunis, Zionis dan Ateis telah bergabung memerangi kita serta menjadikan kita golongan yang hina di dunia ini. Mereka menghalalkan kehormatan, tanah air dan darah kita. Pada pandangan mereka darah kita yang mcngalir daripada badan kita itu tiada harga-nya, bahkan mereka membiayai mereka yang melakukannya.

Mereka berkala kepada kita: "Masa untuk membuat perhitungan telah tiba," dan mereka melaungkan slogan, "Hancurkankan kalimah-Nya bermakna telah melakukan dosa di hadapan Allah S.W.T. walau apa jua alasan sekalipun.

Cuba kita bayangkan diri kita berada di hadapan Allah S.W.T. dan ditanya apakah usaha yang telah kita lakukan untuk meninggikan kalimah Allah, menegakkan hukum-Nya dan membebaskan tanah air umat Islam yang dirampas. Apakah kita akan menjawab: "Ya Allah! Aku merasakan bahawa ber-usaha ke arah itu bukan merupakan fardhu ain ke atas diriku?" Atau "Ya Allah! Aku merasa takut kerana aku tahu bahawa ber-amal ke arah tersebut sangat sukar dan penuh dengan duri?" Atau apakah jawapan yang akan diberikan kepada Allah S.W.T.?!!

Saya mengingatkan diri saya dan para remaja sekalian bahawa sekiranya kita tidak bergerak dan bertindak mulai daripada sekarang untuk menegakkan Islam, maka tunggulah amaran Allah S.W.T. sebagaimana firman-Nya:

Bermaksud:
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bencana) yang bukan sahaja menimpa orang yang zalim antara kamu secara khususnya (tetapi akan menimpa kamu secara umumnya). Ketahuilah bahawa Allah amat kuat azab seksarNya.

(Surah al-Anfal : 25)

Dan amaran daripada Rasulullah s.a.w. melalui sabda-nya:

Bermaksud:
Demi Allah, ajaklah herbuul kehaikan clan tegahlah daripada herhuat kemungkaran. Sekiranya tidak demikian, nascaya Allah akan mendatangkan bcncana kepadamu lalu kamu berdoa kepada-Nya tetapi tidak diperkenankan.

(Riwayat al-Tirmizi)

Amaran yang disebut dalam ayat al-Qur'an dan hadith tersebut adalah perkara yang akan berlaku di dunia. Manakala di akhirat pula ialah keadaan yang menakutkan dan hitungan hisab yang sukar sedia menanti.

Jalan ke Arah Perubahan

Jalan untuk mengubah situasi yang berlaku ke atas umat Islam dewasa ini dan menegakkan daulah Islamiyah bukanlah suatu yang sulit dan sukar sebagaimana yang disangkakan oleh sebahagian orang. la adalah jalan yang mudah dan scnang kepada mereka yang menjadikan akhirat scbagai cita-citanya yang utama dan bersedia berbai'ah kepada Allah sebagaimana firman-Nya:

Bermaksud:
Sesungguhnya Allah telah memheli daripada orang yang herimanjiwa mereku dun harta mcrcka dengan (halasan) hahawa mereka akan beroleh syurga.

(Surah al-Taubah: 111)

Kita masih belum disibukkan dengan kerja, isteri dan anak-anak yang menghalang kita daripada mclaksanakan tanggungjawab ini. Marilah kila bersegera berbai'ah kepada Allah S.W.T. dan memulakan daripada sekarang mengikuti jalan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi generasi yang akan membawa panji kemenangan.

Bagaimana Kita Berlindak?

Setiap umat Islam hendaklah memahami bahawa ruang lingkup yang dituntut untuk diubah memerlukan kepada memahami suasana setempat dan kemudian mengenal pasti rakan yang kita kenali sebelum ini. Seterusnya memilih sesiapa di kalang-an mereka yang memiliki hati yang bersih dan initial kepada Islam, lalu jalinkan hubungan yang baik dan mesra dengan mereka schinggalah lahir perasaan cinta kcrana Allah dalam hati mereka. Seterusnya saling ziarah menziarahi antara satu sama lain, saling berbincang dan membantu memenuhi keperluannya.

Setelah itu jelaskanlah kepada mereka berkenaan kewajipan yang dituntut ke atas setiap orang Islam serta kepentingan tanggungjawab ini. Contohnya tanggungjawab mereka terhadap masyarakat iaitu dengan menjelaskan kepada mereka keadaan umat Islam pada hari ini dan kefardhuan mengubah-nya. Jelaskan kepada mereka bahawa sekiranya bukan kerana rasa cinta anda dan takutkan mereka terkena azab Allah S.W.T. nescaya anda tidak akan menyampaikan perkara ini kepada mereka.

Sekiranya mereka mcmberikan tindak balas, maka mulakanlah menyampaikan dakwah kcpada masyarakal setempat bcrsama-sama mereka. Dengan cara ini akan bertambahlah bilangan orang yang mcmahami Islam sedikit demi sedikit sehinggalah fikrah Islamiyah bertunjang di tempat tersebut, sebagaimana firman Allah S.W.T:

Bermaksud:
Dan sifat mereka dalam kitab Injil pula ialah (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga menjadi kuat, lalu ia tegak berdiri diatas batangnya dan keadaannya yang mengagumkan orang yang menanamnya.

(Surah al-Fath : 29)

Sekiranya kita mampu meletakkan seorang sahaja pada setiap tempat yang sentiasa berusaha berdakwah kepada Allah, nescaya dalam beberapa masa kita akan dapat melihat fikrah Islamiyah bertunjang ke dalam masyarakat sebagaimana yang kita sebutkan tadi. Maka suatu hari nanti masyarakat akan berubah secara berperingkat-peringkat menjurus kepada Islam. Masyarakat itu adalah sekumpulan individu yang tinggal di pelbagai tempat. Apabila individu ini berubah maka masyarakat itu juga akan turut berubah.

Akhirnya akan wujud sebuah masyarakat yang menjadikan Islam sebagai cara hidup dan lahir sekumpulan individu yang menerajui tampuk pemerintahan kerana menyahut tuntutan dan desakan masyarakat tersebut. Dengan izin Allah, tuntutan dan desakan ahli masyarakat Islam ini tidak akan berupaya disekat dan dibendung oleh tekanan dan keganasan musuh Islam.

Setelah kita menjelaskan semua tanggungjawab yang paling utama yang dituntut ke atas setiap remaja muslim, maka timbul satu persoalan pcnting: Bagaimanakah remaja muslim mengimbangi kcscmua tanggungjawab ini tanpa mclcbihi atau mengabaikan mana-mana aspek tertentu?

Sejarah membuktikan bahawa seseorang muslim itu tidak mampu berterusan melaksanakan segala tanggungjawab ini dengan kekuatan dan keseimbangan yang sama kecuali dengan satu keadaan sahaja iaitu mewujudkan suasana yang soleh dan baik yang mcnjadi tempat berkumpul untuk mentaati Allah S.W.T., melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan serta mclaksanakan segala langgungjawab yang tclah kita sebutkan tadi.

Suasana ini perlu diwujudkan walaupun hanya terdiri daripada dua orang sahaja kerana sabda Rasulullah s.a.w.:

Bermaksud:
Syaitan itu mendampingi orang yang bersendirian dan menjauhkan diri daripada dua orang

(Riwayat al-Tirmizi)

Sabdanya lagi:

Bermaksud:
Serigala hanya memakan kambing yang terpisah sahabat sahaja.

(Riwayat Abu Daud)

Sebagaimana kata Sayidina'Ali k.w.j.:"Kita berkumpul pada separuh perkara hak dan tidak berpecah pada keseluruhan yang hak.Maka amat perlu tali yang mengikat individu ini selepas ini selepas ikatan aqiqah iaitu ikatan ukhuwah dan cinta kepada Allah."

Maka perlulah kila wujudkan suasana saling cinta mencintai di jalan Allah sesama manusia ahli masyarakat sehingga mencapai ke tahap yang pernah dicapai oleh para sahabat dan salaf al-solch. Mcrcka bcrgcmbira apabila saudaranya men-dapat nikmat. Apabila salah seorang daripada mereka memerlukan wang, dia akan mengambilnya daripada saudaranya tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu. Apabila saudaranya menjauhkan diri, dia merasai seolah-olah seperti kehilangan anggota badan yang disayanginya.

Ikatan ini perlu disemai benihnya sehingga tumbuh mem-besar dan kuat lain mengeluarkan hasil yang menjadi penolongnya pada hari kiamat nanti.Kelebihan Berkasih Sayang di Jalan Allah Hadith Rasululah s.a.w.:

Bermaksud:
Akan ada di kalangan hamba Allah yang disayangi dan mereka itu bukanlah daripada golongan nabi dan syuhada'bahkan nabi dan syuhada berasa cemburu dengan kedudukannya.di sisi AIlah pada hari kiamat.sahabat bertanya:" Wahai Rasulullah. beritahulah kami siapakah mereka?"baginda menjawab :"Mcrcka adalah satu golongan yang bcrkasih sayang sesama mereka kcrana AIlah sedangkan mereka itu tiada ikatan keke-luargaan ataupun tarikan harta. Demi Allah, wajah mereka pernah bercahaya, mereka tidak takut apa yang menakutkan manusia dan tidak bersedih dengan apa yang menyeksakan manusia".Kemudian Baginda membaca firman Allah S.W.T.:

Bermaksud:
ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.

(Surah Yunus:62)

Pada hari kiamat nanti Allah S.W.T.akan menycru mereka dengan seruan yang baik.

Bermaksud:
"Di manakah mereka yang berkasih sayang kerana Aku? pada hari ini Aku akan melindungi mereka dengan perlintlungan-Ku pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan-Ku. "

(Riwayal Abu Daud)

Peranan suasana yang baik ini sungguhpun bilangan anggolanya sedikit, ia akan mcmbantu anggotanya supaya mudah dalam melaksanakan apa yang telah kita perkatakan tadi. Suasana ini juga akan membanlu mereka membentuk diri supaya taat kcpada Allah S.W.T. dengan berpuasa, qiyamullail dan berzikir. Begitu juga dalam mcmpcrbaiki diri, mereka akan saling nasihat menasihati antara satu sama lain apabila melihat ada kekurangan dan membantu memperbaikinya.

Demikianlah juga dalam bidang ilmu. Mereka akan saling bekerjasama dengan membaca dan berbincang, mcnghadiri kclas ilmu di masjid dan juga berlumba-lumba antara satu sama lain untuk mcndapat kccemerlangan dalam pelajaran serta saling membantu kc arah itu.
Begitu juga dalam bidang dakwah. Mereka akan bersama-sama mengkaji uslub (metod) dakwah dan mcnahan diri dalam menanggung segala ujian yang menimpa di jalan dakwah. Demikianlah juga dalam bidang dan aspek yang lain.

Mereka akan meningkat seiringan dalam pengabdian kepada Allah S.W.T. dan mclepasi pada seliap hari, peringkat demi peringkat sehinggalah mereka mcncapai eila-eita gugur syahid di jalan Allah. Mereka yang gugur syahid di jalan-Nya nescaya akan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.

Penutup

Dengan ini, fahamlah kita dengan jelas tentang tuntutan yang diletakkan di atas bahu kita. Tiada alasan bagi kita kecuali ber-usaha mempraktikkannya supaya ia tidak menjadi beban yang akan dipersoalkan pada hari akhirat nanti. Marilah kita memperbanyakkan bekalan kerana perjalanan ini masih jauh. Seorang penyair pernah berkata:

Marilah kita menuju syurga 'Adnin,
kerana sesungguhnya ia adalah rumah kita yang utama
dan padanya terdapat perlindungan.
Akan tetapi sekarang ini kita dilawan musuh,
adakah engkau beranggapan kita akan kembali ke tanah
air dengan selamat?

Akhir kata, aku memohon kepada Allah agar menerima amalku ini dan menjadikannya ikhlas kerana Allah. Juga agar Allah mengampuni aku bcrsama mereka di dalam syurga. Amin Ya Rabb al-'Alamin.